web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dewan Negara Lulus Usul Kertas Putih Kesihatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 9:33PM

Lukanisman Awang Sauni - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Negara hari ini meluluskan usul Kertas Putih Kesihatan sebagai satu daripada hala tuju reformasi sistem kesihatan negara untuk tempoh 15 tahun akan datang. 

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata setiap tahun Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan proses penambahbaikan di fasiliti mengikut keperluan serta peruntukan yang diterima.

Beliau berkata buat masa ini kementerian dalam proses membaiki hampir 400 klinik daif di seluruh negara. 

“Di Kelantan, 39 klinik kesihatan dalam proses tender dan pembinaan dan 23 klinik di Sabah akan terima peruntukan, manakala 38 klinik di Sarawak dan 42 klinik di Negeri Sembilan mendapat peruntukan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kertas Putih Kesihatan di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata KKM akan memulakan satu kajian jurang penawaran dan permintaan fasiliti kesihatan, peralatan serta kapasiti sumber manusia dalam masa terdekat.

Katanya kajian itu bertujuan menyemak semula keperluan sebenar sumber negara bagi keperluan kesihatan rakyat. 

Lukanisman berkata menerusi kajian itu, taburan dan keperluan fasiliti, peralatan dan anggota kesihatan untuk seluruh negara di sektor awam dan swasta dapat dipetakan serta diunjurkan hingga 2040 dengan jelas.

"Ini adalah sangat penting, memang menjadi hasrat setiap Ahli Parlimen dan senator menginginkan sebuah klinik yang besar di setiap kawasan...walaupun demikian kita tidak dapat membina klinik di setiap Parlimen dengan perkhidmatan fasiliti KKM.

"Maka kita perlu bekerja dan melakukan mapping (pemetaan) yang menyeluruh supaya kita dapat memastikan keperluan sebenar rakyat untuk mendapatkan akses hospital dan klinik kesihatan di seluruh negara," katanya.

Usul dibentangkan oleh Lukanisman itu diluluskan selepas dibahaskan 27 senator. 

Pada 15 Jun, Dewan Rakyat meluluskan usul Kertas Putih Kesihatan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen menerusi undian suara pada hari terakhir Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas.

Pada sesi perbahasan, Senator Abun Sui Anyit berkata beliau berharap agar penduduk di kawasan pedalaman akan turut menikmati faedah daripada pelaksanaan kertas putih itu, selain menggesa kerajaan untuk mengambil inisiatif berhubung aspek perkhidmatan pencegahan penyakit.

Justeru, beliau mencadangkan kepada kerajaan supaya menyediakan lebih banyak fasiliti berkaitan kesihatan termasuk klinik di kawasan pedalaman.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad