web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Tahan Lelaki Menyamar Jemaah Wanita Pecah Tabung Masjid

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 4:42PM

Lelaki berusia 29 dan 37 tahun itu ditahan di lokasi berlainan susulan laporan polis oleh Pengerusi Masjid Al-Hidayah, Taman Pasu, Jitra - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JITRA - Polis menahan dua lelaki tempatan pada 18 Jun lepas yang dipercayai aktif mencuri duit tabung masjid di sekitar Kubang Pasu dengan seorang suspek menyamar sebagai jemaah wanita.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kubang Pasu DSP Chien Chunng Tsaur berkata lelaki berusia 29 dan 37 tahun itu ditahan di lokasi berlainan susulan laporan polis oleh Pengerusi Masjid Al-Hidayah, Taman Pasu di sini.

“Bertindak atas laporan itu, polis melancarkan operasi sebelum menahan suspek utama yang menyamar jemaah wanita, berusia 29 tahun, di sebuah rumah di Taman Sri Aman (di Jitra) pada pukul 12 tengah hari serta merampas pelbagai barangan kes, motosikal dan peralatan.

“Hasil soal siasat yang dijalankan, polis menahan seorang lagi suspek berusia 37 tahun yang berperanan sebagai ‘transporter’ (pengangkut) di Jalan Ibrahim di sini, serta merampas motosikal yang disyaki digunakan dalam setiap kejadian,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Chien berkata modus operandi mereka adalah lelaki berusia 29 tahun itu menyamar sebagai jemaah wanita sebelum memecahkan tabung masjid manakala seorang lagi menunggu di luar.

“Suspek sanggup menipu jemaah dengan memakai kain telekung dan berulang alik ke masjid untuk melakukan jenayah itu, namun dalam kes ini (Masjid Al-Hidayah) mereka gagal memecahkan peti besi itu kerana tebal dan berat," katanya.

Beliau berkata dengan tangkapan itu polis percaya dapat menyelesaikan lapan kes pecah masjid manakala masing-masing satu kes pecah kilang dan pecah rumah sekitar daerah Kubang Pasu.

Chien berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 dan 457 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua mereka ditahan reman hingga Rabu ini.

Katanya kedua-dua mereka positif dadah methamphetamine dan lelaki berusia 37 tahun itu memiliki 15 rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Hebat Awak Dik!

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar