web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemaju Harus Utamakan Kesejahteraan Penghuni, Elak Lebih Ramai Ada Masalah Mental

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 7:07AM

Lee Lam Thye berkata kanak-kanak dan remaja khususnya yang belum mempunyai ketahanan mental kukuh memerlukan sokongan kaunseling daripada semua pihak, demi memastikan mereka mampu membesar serta menjalani kehidupan sejahtera hingga dewasa. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa yang terlibat dalam pembangunan penempatan untuk golongan B40 atau miskin bandar perlu mengambil kira aspek kesihatan mental dan kesejahteraan penduduk. 

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia penting demi memastikan isu itu diambil kira oleh pemaju serta pihak berkuasa tempatan (PBT), dengan menyediakan tempat beriadah yang boleh membantu pembangunan mental.

Menurut beliau, kanak-kanak dan remaja khususnya yang belum mempunyai ketahanan mental kukuh memerlukan sokongan kaunseling daripada semua pihak, demi memastikan mereka mampu membesar serta menjalani kehidupan sejahtera hingga dewasa.

Lee Lam Thye
Lee Lam Thye

"Ketika ini tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan PPR kurang tempat beriadah, kurang kawasan melakukan aktiviti fizikal atau tempat bagi melepaskan kelelahan atau keletihan, selain pembinaan kawasan tempat tinggal yang terkurung dan sempit.

"Setiap pihak yang terlibat dalam pembinaan penempatan harus mengambil kira aspek kehidupan ini. Pembangunan PPR yang berkeluasan 600 kaki per segi ke 800 kaki per segi setiap unit cukup sempit, sekali gus melelahkan kehidupan golongan miskin bandar," katanya.

Mengulas lanjut, Lam Thye berkata, terdapat keperluan ia dipandang serius selepas kajian dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati, 13.4 peratus golongan remaja dan kanak-kanak yang menginap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Lembah Klang mempunyai masalah kesihatan mental.

"Kajian menyatakan kanak-kanak dan remaja ini cenderung membunuh diri atau mencederakan diri. Ini sesuatu yang membimbangkan bagi golongan itu apabila 12.3 peratus daripada mereka mengalami masalah kemurungan dan keresahan," katanya. 

Sehubungan itu, Lam Thye berpandangan, ruang terbuka untuk aktiviti fizikal dan riadah perlu disediakan oleh pihak yang terbabit dalam pembinaan kawasan perumahan, khususnya pembangunan penempatan untuk golongan B40 atau miskin bandar.

"Dengan penyediaan itu oleh pelbagai pihak terlibat, ia dapat melepaskan lelah dan meluahkan resah bagi mengelakkan kesejahteraan mental penduduk terganggu," katanya. 

Terdahulu, hasil kajian oleh Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, KKM dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada 2022 mendapati 13.4 peratus kanak-kanak dan remaja yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Klang mempunyai kecenderungan membunuh diri dan mencederakan diri akibat tekanan hidup.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, kajian itu menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif membabitkan 1,578 kanak-kanak dan remaja berusia 10 hingga 17 tahun yang menetap di 37 PPR Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurutnya, KKM mendapati antara faktor penyumbang terbesar isu itu adalah masalah ekonomi keluarga, kemerosotan taraf hidup golongan M40 kepada B40 akibat pandemik COVID-19, selain kesukaran mendapat semula pekerjaan. - Getaran, 26 Jun 2023.


 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar