web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tadbir Negara Ketika Kemuncak Krisis Bukti PN Kerajaan Terbaik - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 7:09AM

Muhyiddin (dua dari kanan) dan Pengerusi PN Selangor dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kanan) ketika menghadiri Konvensyen PN Selangor semalam. - Gambar dari Facebook Muhyiddin Yassin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengalaman mentadbir negara sewaktu krisis ekonomi dan kesihatan berada di kemuncak adalah bukti bahawa Perikatan Nasional (PN) mampu menjadi kerajaan yang baik.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat ketika ini masih dihimpit dengan beban kenaikan kos sara hidup dan lonjakan harga barangan keperluan harian yang berlaku hampir setiap hari.

Menurut beliau, majoriti penduduk juga masih dibebani dengan kadar inflasi dan merasai impak daripada masa depan ekonomi negara yang hala tujunya masih tidak kelihatan.

“Kita ada tanggungjawab menjelaskan kepada rakyat apa yang akan kita laksanakan, sebagaimana terkandung dalam manifesto PN jika diberi peluang mentadbir nanti.

“Kita bukan kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) yang sehingga kini masih gagal menunaikan janji pilihan raya mereka walaupun sudah tujuh bulan memerintah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Muhyiddin Yassin - Gambar dari Facebook
Muhyiddin Yassin - Gambar dari Facebook

Jelas mantan Perdana Menteri itu, sambutan hangat diberikan rakyat Selangor kepada dua program PN di negeri itu adalah petanda awal bahawa Gelombang Perikatan Nasional yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November lalu, akan berterusan pada enam PRN tidak lama lagi.

“Alhamdulillah semalam saya hadir dua acara besar iaitu Konvensyen PN Selangor pada sebelah petang dan disusuli Ceramah Perdana Jelajah Selangor Baharu Kita Bangkit PN di sebelah malam.

“Kedua-dua majlis ini mendapat sambutan hangat dengan ribuan rakyat datang bagi memberi sokongan kepada PN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi,” katanya.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh memberitahu, dua lagi acara besar yang berjalan serentak iaitu Himpunan Kedah Berselawat Berbusana di Stadium Darul Aman, Kedah serta Himpunan Ppakat Pertahan dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kelantan turut menerima sambutan luar biasa daripada rakyat dua negeri tersebut.

“Sehubungan itu saya menyeru seluruh kepimpinan, ahli dan jentera parti agar dapat mengukuhkan perpaduan dan semangat kerjasama dalam parti.

“Ini bagi membolehkan jentera kita berfungsi dengan baik, licin dan lancar sepanjang kempen nanti,” katanya.

Beliau turut optimis sokongan padu rakyat kepada PN dalam PRN nanti akan menjadi referendum rakyat kepada kerajaan Pusat.

“Terima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras bagi memastikan kelancaran empat acara besar yang berjalan serentak pada malam tadi sehingga mencetusksn kebangkitan sokongan rakyat kepada PN,” katanya. - Getaran, 26 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad