web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakan Muda Nafas Baharu Perkenal Rakan Demokrasi Dan Rakan Litar - Hannah Yeoh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 9:19PM

Hannah Yeoh berkata inisiatif Rakan Muda yang diberi nafas baharu itu diharap mampu menarik minat lebih ramai anak muda dan menyasarkan penyertaan lebih sejuta golongan berusia lingkungan 15 hingga 30 tahun - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Rakan Demokrasi dan Rakan Litar adalah dua daripada 10 gaya hidup yang diperkenal dalam usaha memperkukuh jenama Rakan Muda yang diberi nafas baharu serta dilancarkan hari ini.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pengenalan Rakan Demokrasi bersesuaian dengan keputusan kerajaan yang sebelum ini telah menurunkan hak mengundi kepada golongan belia berusia 18 tahun.

“Melaluinya, kita nak pastikan golongan belia yang diberi hak dalam mengundi mereka ada pengisian, pendidikan berterusan dalam segenap aspek demokrasi untuk kita bantu mereka, beri lebih kefahaman.

“Rakan Litar pula diperkenal selari dengan gaya hidup golongan muda ketika ini yang memperlihatkan keterlibatan dan populariti sukan permotoran itu semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Rakan Muda yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini hari ini.

Hannah berkata lapan lagi gaya hidup Rakan Muda ialah Rakan Aktif, Rakan Bumi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi, Rakan Muzik, Rakan Mahir, Rakan Niaga dan Rakan Prihatin.

Beliau berkata inisiatif Rakan Muda yang diberi nafas baharu itu diharap mampu menarik minat lebih ramai anak muda dan menyasarkan penyertaan lebih sejuta golongan berusia lingkungan 15 hingga 30 tahun.

“Oleh itu, kita sarankan setiap kementerian yang ada apa-apa sahaja program dengan anak muda, melibatkan golongan belia, sila gunakan platform Rakan Muda ini, logo Rakan Muda... contohnya, Kementerian Kewangan buat program kewangan atau usahawan, kita boleh letak di bawah Rakan Niaga.

“Selain itu, di peringkat negeri, kita beri kebebasan untuk adakan program, terpulang pada hala tuju mereka namun kita di peringkat persekutuan, akan sentiasa pantau bagi memastikan ia di landasan tepat,” katanya.

Hannah juga berkata semua aktiviti dan perancangan berkaitan Rakan Muda bagi tahun ini adalah berdasarkan peruntukan sedia ada selain usaha kementerian mengadakan kerjasama dengan rakan strategik seperti foodpanda, Grab, Lazada dan Shopee. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

2

Sukan 2 tahun yang lalu

KBS Capai 22 Pembaharuan Dalam Tempoh 9 Bulan - Adam Adli

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas Pegawai Kanan KBS Dipenjara 15 Tahun, Didenda RM284.2 Juta

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Rasuah Dan Pengubahan Wang Haram: Bekas Pegawai Kanan KBS Dipenjara 15 Tahun, Didenda RM284.2 Juta

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam