web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Plat Kereta ‘Isteri PM’ Dibuat Kerajaan Sabah, Bukan Permintaan Wan Azizah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 4:14PM

Safar Untong berkata, ia merupakan amalan dilakukan ke atas mana-mana tetamu kehormat yang mengadakan lawatan kerja atau rasmi ke negeri Sabah - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Plat kenderaan ‘Isteri YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri’ yang hangat diperkatakan pelbagai pihak telah disediakan oleh kerajaan negeri Sabah, bukan dibuat atas permintaan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Setiausaha Kerajaan Sabah, Datuk Seri Safar Untong berkata, ia merupakan amalan dilakukan ke atas mana-mana tetamu kehormat yang mengadakan lawatan kerja atau rasmi ke negeri terbabit.

"Saya mengambil perhatian bahawa pada hari ini gambar plat kenderaan isteri Perdana Menteri yang diambil di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu telah tular di media sosial.

“Menjadi amalan Kerajaan Sabah menyediakan kemudahan kenderaan bagi Perdana Menteri dan isteri, Timbalan Perdana Menteri dan isteri serta melibatkan kehadiran tetamu kehormat lain semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi," katanya hari ini. 

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas tentang gambar tular mengenai plat kenderaan atas nama ‘Isteri YAB Perdana Menteri’ yang dipercayai diambil di sebuah hotel terkemuka di negeri itu.

Mengulas lanjut, Safar berkata, kemudahan kenderaan yang disediakan termasuklah meletakkan nombor plat menggunakan gelaran atau jawatan tetamu dan isteri yang menaiki kenderaan tersebut.

"Sehubungan itu, plat yang ditularkan bukan atas permintaan isteri Perdana Menteri, Wan Azizah,” katanya. 

Terdahulu, tular video dan gambar di laman sosial, memaparkan sebuah kenderaan serba guna (MPV) yang menggunakan plat nama ‘Isteri YAB  Perdana Menteri’.

Ia seterusnya mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, khususnya selepas dimuat naik Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Difahamkan Wan Azizah menggunakan kenderaan itu semasa menghadiri persidangan Pandu Puteri yang diadakan di Kota Kinabalu. – Getaran, 25 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad