web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenyataan Pua Ibarat Lafaz Talak 3 Kepada BN, Tak Gambarkan Semangat Kebersamaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 8:05PM

Tony Pua - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang melabelkan Barisan Nasional (BN) sebagai pakatan ‘korup’ ibarat melafazkan talak tiga kepada rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang kesal dengan tindakan Pua turut mempersoalkan asas kerjasama DAP bersama rakan gabungan lain yang membentuk Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Malah, katanya, kenyataan Pua itu juga tidak menggambarkan semangat kebersamaan dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wee Ka Siong
Wee Ka Siong

“Saya berasa kesal malam tadi berlakunya satu episod yang memang tidak diduga. Pemimpin seperti Tony menyerang BN sebagai parti korup. Kalau dah kata parti korup, sudah melafazkan talak tiga umpamanya. Di mana asasnya kerjasama?

“Saya pun merasa pelik. Ini mulut celupar ke mulut longkang. Kalau kita nak berkawan, takkan kita nak buruk-burukkan.

“Dalam kita buat persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), tiba-tiba ada kenyataan sebegitu dibuat dalam majlis rasmi. Dah viral hari ini. Ramai yang bingung tengok apa yang berlaku dengan kerajaan ini,” katanya dalam video yang dimuat naik di Facebook, hari ini.

Semasa majlis makan malam kutipan dana DAP semalam, Pua mencetuskan kontroversi apabila menggelar BN yang kini antara rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan sebagai pakatan ‘korup’.

Beliau turut menyuarakan harapan supaya Pakatan Harapan (PH) selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu, tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, sebagai rakan gabungan dalam kerajaan hari ini, kenyataan tersebut tidak patut diungkapkan.

“Kalau ungkitkan sebegitu, orang akan jawab balik macam mana parti sendiri? Kalau kita mendukung semangat kebersamaan, keikhlasan patut ditunjukkan.

“Jadi saya rasa perkara ini perlu dilihat. Terpulanglah. Mereka yang mulut celupar, mulut longkang ini, apa asas mereka nak marah-marah orang lain,” katanya.

Pada masa sama, Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam turut menasihati setiap pemimpin dalam parti gabungan supaya terus melangkah ke hadapan tanpa mencetuskan provokasi antara satu sama lain.

“Sebenarnya kita dalam satu kerajaan patut bertindak sebagai kerajaan. Sudahlah 'move on' (terimalah hakikat).

“Agong kata ‘move on’, semua pemimpin dan Perdana Menteri pun suruh 'move on' (terima hakikat),” katanya.

Ka Siong turut berkata, kerjasama yang terjalin ketika ini tidak diterjemahkan dengan sebaiknya, sebagai contoh ketika rundingan kerusi bagi PRN yang akan datang.

“Macam-macam tohmahan dibuat. Setiap parti ada maruah sendiri. Jangan sampai kita melafazkan talak tiga, lepas tu minta undi dengan orang lain.

“Sesungguhnya semangat kebersamaan itu perlu ada dan diterjemahkan dalam keikhlasan. Itu sahaja,” katanya. – Getaran, 24 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad