web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beri Sokongan Kepada Negeri Sembilan Agar Semua Kaum Dapat Dijaga - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 4:31PM

Anwar (kanan) beramah mesra dengan peniaga ketika hadir pada Program Sentuhan Kasih Desa di Negeri Sembilan, hari ini. - Gambar dari Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta kerjasama pemimpin dan masyarakat India di Negeri Sembilan untuk terus memberikan sokongan kepada kerajaan negeri sekarang agar dapat kekal mentadbir, supaya kebajikan semua kaum dijaga.

Beliau berkata kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) harus dikekalkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan selewat-lewatnya pada Ogos ini, supaya kebajikan semua kaum terus terpelihara.

“Ini negeri semua kaum punya. Ini negeri Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak punya. Kalau orang bawa kempen seolah-olah kata ini negeri Melayu sahaja punya, dia salah.

“..kena ingat negeri ini mesti maju, mesti jaga orang susah, kena jaga semua sekolah, semua kaum,” katanya ketika berucap pada program ramah mesra Perdana Menteri bersama masyarakat India sekitar kawasan Desa Cempaka di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi K. Saraswathy dan pemimpin-pemimpin India setempat.

Anwar berkata dalam perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin India dari semua parti politik Kerajaan Perpaduan baru-baru ini, beliau telah meminta pemimpin-pemimpin India di negara ini agar tidak bergaduh, sebaliknya berusaha menjaga kebajikan masyarakat kaum itu.

“Masalah pertama adalah sekolah, Ini sekolah anak-anak kita. Berapa banyak sekolah Tamil rosak, tandas tidak boleh guna. Di kawasan kampung, sekolah Melayu pun macam itu.

“Saya beritahu Kementerian Pendidikan tahun ini juga semua sekolah, Tamil ke Melayu ke kalau rosak, mesti baiki tahun ini juga. Kalau orang India tanya berapa peruntukan untuk Sekolah Tamil, jangan tanya, ada sekolah Tamil rosak, kita mesti baiki. Saya tidak kisah apa (jenis) sekolah.

Anwar berkata selaku Perdana Menteri Malaysia, beliau akan bersifat adil dan saksama kepada semua kaum di negara ini.

Katanya semua inisiatif kerajaan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR), baik pulih sekolah daif, subsidi elektrik dan haji diberikan kepada semua kaum serta tidak terjurus kepada satu kaum sahaja.

Sementara itu Anwar berkata meskipun nilai mata wang Ringgit menurun, Anwar berkata pelaburan dan pertumbuhan ekonomi negara terus meningkat serta tinggi berbanding Indonesia serta China pada suku pertama tahun ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

2

Politik 2 tahun yang lalu

 10 Lagi Ahli Parlimen BERSATU Dijangka Sokong Anwar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Sesekali Menipu, Enggan Bayar Cukai Kepada Negara - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Minta Sokongan Rakyat Bantu Bawa Perubahan Aspek Tatakelola, Cegah Rasuah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad