web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Meta Sudah Dimaklum, Dibenderakan Tentang Kandungan Berbahaya – SKMM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 4:17PM

SKMM memaklumkan Meta telah dimaklukan dan dibenderakan mengenai pertukaran kandungan berbahaya pada platformnya. - Gambar oleh Noreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini berkata, Meta, syarikat pemilik media sosial terbesar, Facebook sudah dimaklum dan dibenderakan mengenai pertukaran kandungan berbahaya pada platformnya.

Bagaimanapun, katanya, kegagalan syarikat itu menghapuskan kandungan tersebut secara cekap dan berkesan tanpa langkah kawalan yang betul boleh membawa kepada pelanggaran undang-undang di Malaysia.

“Ini terutamanya selepas terdapat kegagalan untuk mengalih keluar kandungan sedemikian dengan cekap walaupun sudah dimaklumkan ia melanggar undang-undang di negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, SKMM mengambil tindakan undang-undang terhadap Meta berikutan keengganan syarikat berkenaan memberikan kerjasama menurunkan kandungan berunsur perkauman, agama dan institusi Diraja (3R), penyamaran, judi dalam talian serta iklan penipuan.

SKMM berkata, langkah berkenaan bagi memastikan pengguna dilindungi dan mempunyai persekitaran selamat dalam alam digital.

Katanya, tindakan berkenaan perlu dalam menyemaikan tanggungjawab keselamatan siber, selain memperkasakan perlindungan pengguna terhadap kandungan memudaratkan termasuk aktiviti penipuan.

Mengulas lanjut, SKMM berkata, tindakan membenarkan sebarang perbuatan menyalahguna platform dalam talian dan telekomunikasi, rangkaian atau kemudahan dalam talian secara berterusan adalah perkara serius.

Katanya, perlakuan sedemikian adalah satu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA 1998).

“Seperti digariskan di bawah Seksyen 244 CMA 1998, organisasi, pengarah atau ketua pegawai dan orang yang benar-benar mengawal syarikat boleh didakwa menyediakan cara serta membantu aktiviti jenayah jika tindakan segera tidak diambil setelah dimaklumkan tentang sebarang jenayah yang dilakukan.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan platform internet tidak disalahgunakan untuk kegiatan jenayah,” katanya.

Justeru, katanya, SKMM akan memaklumkan kepada semua pihak berkepentingan mengenai sebarang tindakan yang diambil berkaitan perkara itu. – Getaran, 24 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 32 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad