web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selangor Dipimpin Kerajaan Sementara, Exco Dilarang Hadiri Program Politik Guna Kereta Rasmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 3:07PM

Amirudin Shari - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pentadbiran kerajaan negeri Selangor akan berfungsi sebagai kerajaan sementara atau ‘caretaker’ sehingga kerajaan baharu dibentuk, susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu bagi memastikan tatakelola, ketelusan, dan kebertanggungjawaban dipelihara.

Katanya, ia juga bagi memastikan program dan dasar kerajaan negeri terutamanya sistem perkhidmatan kerajaan tetap berjalan dengan efisien.

“Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) akan melaksanakan fungsi sebagai pengerusi jawatankuasa tetap portfolio masing-masing supaya keputusan dasar yang dibuat sebelum pembubaran diimplementasikan dengan sempurna, tanpa membuat perubahan dasar ataupun keputusan substantif yang baharu.

“Bagi memastikan prinsip good governance terus diangkat, saya telah mengarahkan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya kereta rasmi tidak digunakan semasa menghadiri program dan mesyuarat politik,” katanya dalam kenyataan, hari in.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan semua Exco akan menyerahkan semula kereta rasmi sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang akan datang.

Pada Isnin lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membubarkan DUN Selangor secara rasmi semalam bagi memberi laluan kepada PRN.

Pada 26 Jun 2018, DUN Selangor yang diterajui Pakatan Harapan (PH) kali pertama bersidang selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018.

PH di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kekal memerintah Selangor dengan memperoleh majoriti dua pertiga, selepas memenangi 51 daripada 56 kerusi DUN pada PRU-14.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua pada 11 Mei 2018 sebelum dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad.

PH kemudiannya menamakan Amirudin yang sebelumnya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan, Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi sebagai Menteri Besar Selangor ke-16.

Beliau mengangkat sumpah jawatan pada 19 Jun 2018. – Getaran, 24 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad