web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JPN Siasat Kes Basni Sabrah, Semakan Dapati Pemilik Sebenar MyPR Masih Hidup

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 9:28PM

Contoh kad pengenalan merah atau Pemastautin Tetap (MyPR) - Gambar laman web JPN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menyiasat semua kebarangkalian berhubung penyalahgunaan kad pengenalan merah atau Pemastautin Tetap (MyPR) milik seorang lelaki bernama Basni Sabrah.

Jabatan itu menerusi satu kenyataan memaklumkan, semakan di pangkalan data mendapati pemilik sebenar MyPR berkenaan masih hidup.

Bagaimanapun, katanya, kekeliruan yang berlaku mungkin disebabkan kad milik individu berkenaan pernah dilaporkan hilang sebelum ini, ditemui dan disalahgunakan pihak lain.

“Walaupun satu pihak lagi yang disyaki menggunakan MyPR yang hilang tersebut telah meninggal dunia, JPN akan melakukan risikan dan siasatan terhadap kebarangkalian yang ada berkaitan kes ini.

“Ini kerana MyPR adalah salah satu jenis kad pengenalan yang dikeluarkan jabatan ini kepada Pemastautin Tetap,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Pemastautin Tetap adalah berstatus bukan warganegara dan ia dikeluarkan kepada yang berkelayakan berdasarkan permit masuk dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“MyPR yang berwarna merah itu mempunyai semua data utama pemilik termasuk nombor permit dan maklumat negara asal.

“Proses pengeluaran MyPR menjalani tapisan oleh beberapa jabatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), JIM dan JPN,” katanya.

Malah katanya, setiap permohonan yang diluluskan juga perlu melalui proses saringan ketat termasuk pengesahan biometrik.

“Kesinambungan perlindungan dan penjagaan MyPR adalah terletak kepada pemiliknya. Malah Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (PP) juga memperuntukkan kewajiban setiap pemilik menjaga kad pengenalan masing-masing.

“Sekiranya berlaku kehilangan, ia mestilah dilaporkan dengan segera kepada JPN. MyPR yang dilaporkan hilang akan dibatalkan di dalam sistem JPN,” katanya.

Justeru, menurut kenyataan itu lagi, kad yang hilang tersebut tidak sah diguna pakai untuk sebarang urusan.

Bagaimanapun, katanya, terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menjumpai kad itu dan menggunakan identiti pemilik sebenarnya,” katanya.

Jelasnya lagi, modus operandi tersebut akan dapat dikesan sekiranya pengesahan biometrik dibuat, di mana akan membuktikan pemegang bukanlah pemilik sebenar.

“Menggunakan kad pengenalan orang lain adalah satu kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara (PPN) 1990 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

“JPN ingin mengingatkan pemegang MPR, kerajaan tidak teragak-agak untuk menggunakan semua lunas perundangan yang ada untuk menghukum mana-mana pihak yang bersekongkol dengan pihak tidak bertanggungjawab kerana MyPR yang hilang boleh disalah guna dan boleh menggugat keselamatan negara,” katanya.

Susulan itu, katanya, orang awam yang mengetahui tindakan tidak bertanggungjawab itu digesa untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kepada JPN.

Terdahulu, media melaporkan, Basni dimaklumkan oleh anaknya yang berada di Dumai, Sumatera, Indonesia bahawa pihak kedutaan memaklumkan ‘kematiannya’ di Hospital Kajang pada 20 Mei lalu.

Terkejut dengan perkhabaran tersebut, dia yang menetap di Kepong telah membuat laporan di Balai Polis Bukit Idaman untuk menyatakan dirinya masih hidup.

Jelas lelaki berasal dari Sumatera, Indonesia itu, berdasarkan dokumen diperoleh daripada pihak kedutaan, hanya gambarnya yang berbeza sedangkan nama dan maklumat tempat tinggal adalah sama. – Getaran, 23 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

MEKAR Diaspora JPN Di Arab Saudi Kendali 240 Perkhidmatan Untuk Rakyat Malaysia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

JPN Cetak 160,000 MyKid, Serah Kepada Pemohon Secara Berperingkat - KDN 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bukan Hassan Yang Muat Naik Video Saifuddin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwaan ‘MyKid’ Dimansuhkan Tak Benar, JPN Berusaha Atasi Masalah Pengeluaran

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 9 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran