web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MEKAR Diaspora JPN Di Arab Saudi Kendali 240 Perkhidmatan Untuk Rakyat Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2024 12:05PM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Diaspora Arab Saudi yang berlangsung dari 1 hingga 6 Februari lalu berjaya menguruskan 240 perkhidmatan dan nasihat berkaitan hal ehwal pendaftaran negara kepada 135 rakyat Malaysia yang menetap di negara itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, antara perkhidmatan dan nasihat yang ditawarkan adalah pembaharuan kad pengenalan, cabutan sijil lahir serta permohonan kewarganegaraan.

"Program MEKAR Diaspora akan terus ditambah baik dan dilaksana di lokasi lain di seluruh dunia bagi memberikan khidmat melangkaui kebiasaan kepada rakyat Malaysia," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Program anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu diadakan sempena lawatan rasmi Saifuddin Nasution ke Arab Saudi iaitu MEKAR Diaspora, antara lima kategori Program MEKAR JPN yang menawarkan perkhidmatan dan nasihat berkaitan hal ehwal pendaftaran negara khusus bagi rakyat Malaysia di luar negara.

Beliau juga berkata, peluasan program itu di luar negara melengkapi aspirasi Kerajaan Perpaduan yang sentiasa meletakkan keutamaan tertinggi terhadap kebajikan dan kemakmuran rakyat Malaysia yang tidak hanya terhad dalam negara.

"Ini termasuklah perihal pendaftaran negara yang merupakan asas kepada kemenjadian seorang rakyat Malaysia," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Tiada Permit Yang Sah, Lebih 300,000 Jemaah Dilarang Masuki Makkah

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad