web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas Pemandu E-Hailing Miliki Kanabis Dipenjara 10 Tahun Dan 20 Sebatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 5:40PM

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Nazri Sahak didakwa memiliki dadah itu dengan berat bersih 654.1 gram dan 965.7 gram di dua lokasi di Taman Naga Emas, Brickfields antara 5.05 petang dan 5.15 petang, 2 Julai 2021 - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pemandu e-hailing dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana memiliki 1,619.8 gram dadah jenis kanabis, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas Nazri Sahak, 48, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan pilihan dan memerintahkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan yang berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 2 Julai 2021.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Nazri didakwa memiliki dadah itu dengan berat bersih 654.1 gram dan 965.7 gram di dua lokasi di Taman Naga Emas, Brickfields di sini antara 5.05 petang dan 5.15 petang, 2 Julai 2021.

Dia dituduh mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang diboleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan maksimum 10 sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad.

Di mahkamah sama, dua rakan dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 541.6 gram, tiga tahun lepas.

Hakim Muhammad Jamil memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Lee Kim Shing, 41, dan Tan Kia Wah, 40, pada akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, hakim itu berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan dadah itu berada dalam jagaan dan kawalan kedua-dua tertuduh.

"Dalam kes ini, elemen niat bersama untuk mengedar dadah juga gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap tertuduh pertama dan kedua. Oleh itu, mereka dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri," katanya.

Mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah itu di sebuah rumah di Jalan Ipoh, Sentul di sini pada 1 petang, 2 Dis 2020. Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norashikin manakala peguam Sangeet Kaur Deo mewakili Lee dan Tan diwakili peguam Mohd Taufik Md Tahir. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad