KUALA LUMPUR — Rakyat Negeri Sembilan dipelawa untuk menyertai sesi Temu Anwar yang akan diadakan Sabtu ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran ringkas di Facebook berkata, program berkenaan bakal diadakan di di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.
“Saya menantikan soalan dan pendapat semua pihak dalam sesi santai dan penuh harmoni bagi meraikan perbezaan serta pandangan,” katanya.
Jelas beliau, pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com.
“Kita jumpa Sabtu ini,” katanya.
Temu Anwar ialah program dialog anak muda yang diadakan secara bersiri sejak 2009, khusus untuk orang ramai mendekati dan mengenali lebih dekat pemimpin utama negara itu. - Getaran, 22 Jun 2023

