web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Insiden Kepala Air Di KKB: Wanita China Ditemukan Lemas, Rakan Masih Hilang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 7:12AM

Wan Md Razali Wan Ismail berkata mayat Xia Yuan Ling, 55, ditemukan tersangkut di celahan batu pada 6.18 petang kira-kira 200 meter dari tempat kedua-dua mangsa dilaporkan hanyut - Gambar JPBM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga China ditemukan lemas manakala rakannya masih hilang selepas dihanyutkan dalam insiden kepala air ketika mandi di air terjun Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu dekat sini petang semalam.

Fenomena kepala air di kawasan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat di bahagian hulu sungai yang menyebabkan paras air terjun menjadi tinggi dengan arus deras.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata mayat Xia Yuan Ling, 55, ditemukan tersangkut di celahan batu pada 6.18 petang kira-kira 200 meter dari tempat kedua-dua mangsa dilaporkan hanyut.

"Pihak kami sedang menjalankan operasi mencari rakan mangsa iaitu seorang wanita tempatan bernama Jenny Wong, 52, dengan kaedah pencarian di permukaan," menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata mayat Xia dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Wan Md Razali berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan kedua-dua wanita pada 5.30 petang dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Operasi mencari seorang lagi mangsa yang hilang akan diteruskan hingga 11 malam ini sebelum ditangguh ke esok pagi," katanya.

Dalam perkembangan terkini, Wan Md Razali berkata pihaknya telah berjaya menemukan mangsa kedua insiden kepala air itu pada 10.20 malam.

Beliau berkata mayat wanita itu ditemukan di celah batu, 50 meter dari lokasi Xia dijumpai.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

“Operasi pencarian ditamatkan pada 11 malam,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Keamanan Sejati Hanya Boleh Dicapai Dengan Keberanian - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad