web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penubuhan Majlis Media Malaysia Tidak Bertentangan Prinsip Kebebasan Media

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 1:55PM

Teo Nie Ching - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia yang disifatkan sebagai mekanisme kawal selia industri itu, tidak bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang diperjuangkan kerajaan, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Teo Nie Ching berkata kebebasan media tidak bermakna kebebasan tanpa had, namun media bertanggungjawab untuk membuat pelaporan daripada sumber yang sahih, beretika dan adil.

"Negara jiran Indonesia, mereka mempunyai Dewan Pers iaitu satu bentuk Majlis Media, tetapi apa yang kita hendak adalah regulation itu, adalah daripada pihak industri sendiri supaya tiada orang yang menyalahgunakan kuasa.

"Dalam konteks kita (Malaysia), selalu orang risau bahawa sebagai kerajaan kami akan guna undang-undang sedia ada untuk mengekang kebebasan media, tetapi kalau regulation itu daripada industri sendiri, saya rasa itu adalah lebih adil dan boleh memastikan kepentingan semua pihak termasuk kerajaan, pembangkang dan orang awam," katanya pada sesi soal jawab.

Dominic Lau Hoe Chai
Dominic Lau Hoe Chai

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai sama ada mekanisme kawal selia industri media menerusi penubuhan Majlis Media Malaysia adalah bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang diperjuangkan kerajaan.

Teo berkata Majlis Media Malaysia berfungsi sebagai platform bagi mana-mana pihak yang tidak selesa atau tidak berpuas hati dengan pelaporan media untuk mengemukakan laporan mereka.

Ditanya mengenai sesi libat urus berhubung cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia oleh Senator Datuk Juhanis Abd Aziz, Teo berkata satu mesyuarat akan diadakan selepas jawatankuasa kerja sementara (jawatankuasa pro-tem) selesai menyediakan maklum balas mengenai draf rang undang-undang Majlis Media Malaysia.

Selain itu, beliau berkata terdapat cadangan untuk memasukkan peruntukan dalam rang undang-undang itu bagi memastikan 30 peratus ahli jawatankuasa wanita dalam Majlis Media Malaysia, namun perkara itu perlu mendapatkan persetujuan bersama jawatankuasa kerja sementara dan pihak berkepentingan.

"Kementerian ini sedang giat mengadakan beberapa siri perbincangan bersama jawatankuasa kerja sementara yang terdiri daripada wartawan, penerbit, penyiar dan organisasi berita mengenai perincian penubuhan Majlis Media Malaysia.

"Perbincangan ini merangkumi pelbagai aspek termasuk mengenai fungsi dan dana Majlis Media Malaysia yang turut terkandung di dalam draf rang undang-undang Majlis Media Malaysia yang sedang dikemas kini untuk persetujuan bersama," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Tempat Untuk Media Promosi Keganasan, Ucapan Kebencian - Nie Ching

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Majlis Media Malaysia Tentukan Laporan Beretika Atau Sebaliknya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KKD Utamakan Pencapaian Konsesus Berhubung Penubuhan Majlis Media Malaysia

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 jam yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad