web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Tak Pernah Ambil Ringan Kedaulatan Negara - Zambry

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 9:23AM

Zambry Abd Kadir - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah mengambil ringan untuk sebarang keputusan yang melibatkan kedaulatan negara.

Menegaskan perkara itu, Menteri Luar, Datuk Dr Zambry Abd Kadir berkata, pendirian tersebut turut mencakupi sebarang isu berkaitan Triti Selat Melaka dan Triti Laut Sulawesi.

Menurut beliau, Kementerian Luar Negeri (KLN) amat kesal dengan penerbitan satu dokumen bertajuk ‘Nota Memorandum Daripada Menteri Luar Negeri Penyelesaian Isu Sempadan Maritim Malaysia-Republik Indonesia’.

“Ia bukan dokumen yang disediakan oleh kementerian ini atau mana-mana anggota Pasukan Rundingan Pembatasan Sempadan Maritim Malaysia.

“Kementerian kesal dengan dakwaan sesetengah pihak yang didasarkan pada dokumen tersebut, walaupun ia jelas menyeleweng daripada fakta sebenar dan terkini berhubung proses rundingan Triti Selat Melaka dan Triti Laut Sulawesi,” katanya lewat malam tadi.

Jelas Zambry, rundingan mengenai pembatasan laut wilayah di kawasan paling selatan Selat Melaka dan laut wilayah di Laut Sulawesi itu telah berlangsung selama 18 tahun bermula pada tahun 2005. 

“Sebanyak 39 mesyuarat di peringkat Pasukan Rundingan Pembatasan Sempadan Maritim Malaysia dan Indonesia telah diadakan.

“Garisan sempadan laut wilayah yang menghubungkan Titik-titik 8, 8A, 8B dan BC dalam Triti Selat Melaka, serta garisan sempadan laut wilayah yang menghubungkan Titik-titik M, B1. B, C dan P dalam Triti Laut Sulawesi telah dimuktamadkan semasa Mesyuarat ke-34 Pasukan Rundingan Pembatasan Sempadan Maritim Malaysia dan Indonesia pada 17-18 November 2018,” katanya.

Beliau memberitahu, lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jakarta pada 8 hingga 9 Januari tahun ini telah berjaya mencapai persetujuan agar Triti Selat Melaka dan Triti Laut Sulawesi berdasarkan setiap garisan sempadan laut wilayah yang dimuktamadkan semasa Mesyuarat ke-34, dimeterai dalam masa terdekat.

“Perkara yang sama turut dibincangkan sekali lagi antara Perdana Menteri dan Presiden Joko Widodo pada 9 Mei lalu semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di Labuan Bajo.

“Sebagai susulan kepada persetujuan tersebut, KLN telah mengedarkan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) pada 27 Mei untuk mendapatkan ulasan daripada setiap agensi yang menganggotai Pasukan Rundingan Pembatasan Sempadan Maritim Malaysia,” katanya.

Zambry berkata, semua agensi berkenaan pada dasarnya bersetuju dengan syor supaya Triti Selat Melaka dan Triti Laut Sulawesi ditandatangani sebagai penyelesaian sebahagian isu persempadanan maritim laut wilayah Malaysia-Indonesia.

MJM tersebut jelasnya, dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Jun dan ia turut dipersetujui secara keseluruhan.

“Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Jun lalu, kedua-dua Triti tersebut telah ditandatangani semasa Lawatan Kerja Presiden Joko Widodo pada 7-8 Jun 2023.

“Pemeteraian kesemua triti berkenaan telah mengambil kira nasihat dan pandangan barisan pakar maritim negara, iaitu Pasukan Rundingan Pembatasan Sempadan Maritim Malaysia,” katanya.

Tambah Zambry, langkah pemeteraian Triti Selat Melaka dan Triti Laut Sulawesi telah dipersetujui dengan mengambil kira elemen penyelesaian yang dapat dicapai secara bersama.

Katanya lagi, ia turut menggunakan prinsip pembatasan sempadan maritim berdasarkan justifikasi perundangan dan teknikal yang kukuh bagi menyelesaikan isu-isu pembatasan sempadan maritim.

“Pemeteraian kedua-dua Triti ini merupakan satu pencapaian kepada Malaysia dan Indonesia. 

“Apabila semua triti tersebut mula berkuatkuasa, ia akan memberikan kejelasan dari segi kedaulatan dan bidang kuasa yang membolehkan kedua-dua negara menjalankan aktiviti penguatkuasaan undang-undang di kawasan maritim masing-masing secara lebih berkesan,” katanya.

Beliau menarik perhatian, ia mencakupi aktiviti pencegahan jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan barangan dan pemerdagangan manusia. 

“Penguatkuasaan triti ini juga membolehkan aktiviti ekonomi dan pembangunan seperti perikanan dan eksplorasi serta eksploitasi sumber marin dalam zon laut wilayah dapat dilakukan dengan lebih teratur dan lebih terjamin,” katanya. - Getaran, 21 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad