web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita Maut Bumbung Sekolah Terbang Hempap Rumah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 2:03PM

Seorang wanita maut selepas bumbung sekolah diterbangkan angin sebelum menghempap rumahnya dalam kejadian di Segamat, Johor, petang semalam. - Gambar ihsan JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut selepas bumbung sebuah sekolah diterbangkan angin sebelum menghempap rumahnya dalam kejadian di Segamat, Johor, petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, Pegawai Bomba Kanan II, Abd Rahim Rahmat yang juga ketua operasi berkata, mangsa dikenali sebagai Mahadevi Vadivelu dan berumur 55 tahun.

Menurutnya, pihak menerima laporan mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 7.41 petang.

“Sebuah jentera bersama lima anggota digegaskan ke lokasi kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seg Hwa.

“Bumbung sekolah berkeluasan 501 meter persegi runtuh dan diterbangkan angin menghempap sebuah rumah yang terletak kira-kira 30 meter dari sekolah,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, mangsa dikeluarkan orang awam sejurus insiden terbabit sebelum bomba tiba.

“Tinjauan mendapati kediaman mangsa terletak bersebelahan sekolah berkenaan. Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihata, Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya melahirkan kesedihan berhubung insiden terbabit.

“Menerima berita dukacita pagi ini daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sekijang berkenaan bencana ribut yang melanda kawasan sekitar Segamat.

“Bencana mengorbankan seorang wanita dan mengakibatkan kerosakan harta benda.

“Salam takziah buat keluarga mangsa. Saya dalam perjalanan pulang ke kawasan. Mohon doa daripada rakyat Malaysia agar urusan warga Sekijang dipermudahkan,” katanya. – Getaran, 20 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Mana Boleh Sampai Atas Bumbung Tu Kak

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

RM3 Juta Kos Baik Pulih Bangunan SMK Munshi Abdullah - Ketua Menteri  

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Misteri 2 Rangka Manusia Atas Bumbung Bangunan Di Sitiawan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Nahas Helikopter JBPM, 7 Individu Dalam Keadaan Stabil - CAAM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan