Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


RM3 Juta Kos Baik Pulih Bangunan SMK Munshi Abdullah - Ketua Menteri  

Pendidikan Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2023 12:47PM

Keadaan Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Batu Berendam, Melaka yang rosak teruk akibat ribut pada Sabtu lalu. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kos membaik pulih lebih enam blok bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah yang mengalami kerosakan teruk termasuk bumbung diterbangkan angin dalam kejadian ribut pada Sabtu, dijangka mencecah RM3 juta.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sudah memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan mengambil masa kira-kira enam bulan dan pihak sekolah sedang mengambil beberapa langkah berkaitan penjadualan sesi pembelajaran yang menjejaskan lebih 2,000 pelajar sepanjang tempoh itu.

"Setakat ini, Kementerian Pendidikan (KPM) menyalurkan peruntukan segera berjumlah RM100,000 kepada pihak sekolah untuk kerja-kerja pembaikan awal oleh kontraktor yang telah dilantik.

"Di peringkat kerajaan negeri, kita akan memberi sokongan kepada guru dan pelajar sekolah berkenaan dan melihat bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada mereka agar sesi persekolahan dapat berjalan dengan baik," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ke SMK Munshi Abdullah bagi melihat kesan kejadian ribut yang berlaku di sekolah berkenaan dan turut dihadiri Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Ab Rauf berkata, SMK Munshi Abdullah adalah sekolah yang mempunyai jumlah pelajar terbanyak di negeri itu dan kerajaan negeri akan memastikan proses baik pulih bangunan terjejas berjalan lancar.

Sementara itu, Rahmad berkata, kerja-kerja pembersihan antaranya mengalihkan bumbung dan serpihan struktur bangunan yang diterbangkan ribut mula dilakukan hari ini oleh sukarelawan Jabatan Pendidikan Negeri.

Beliau berkata, selain itu, kerja-kerja pembaikan bangunan yang rosak juga mula dilaksanakan secara berperingkat oleh kontraktor dilantik KPM.

"Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa iaitu secara bersemuka melibatkan pelajar Tingkatan Lima dan Enam, manakala bagi pelajar Tingkatan Satu hingga Empat, sesi pembelajaran secara bersemuka akan dilakukan secara bergilir, selain mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

"Sebagai contoh, sepanjang minggu ini, sesi pembelajaran secara bersemuka adalah melibatkan pelajar Tingkatan Empat hingga Enam, manakala Tingkatan Satu hingga Tiga adalah secara PdPR," katanya.

Pada Sabtu, beberapa blok bangunan sekolah berkenaan mengalami kerosakan selepas bumbungnya diterbangkan angin dalam kejadian ribut sehingga menampakkan rangka kayu bahagian dalam siling.

Antara kerosakan dilaporkan adalah melibatkan lapan kelas, satu bilik guru dan makmal serta pejabat yang terdapat di Blok C sekolah terbabit, bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku membabitkan pelajar atau guru di sekolah itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Macam Mana Boleh Sampai Atas Bumbung Tu Kak

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Kalau Macam Ni, Kereta Pun Boleh Terbang!

3

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Tongkang Pecah Dilanda Ribut

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Ribut Landa Kedah, Warga Emas Maut Ditimpa Pokok

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Lagenda Liverpool Memenangi Battle Of The Reds

oleh Manvir Victor

Sukan 6 jam yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

Semasa 3 jam yang lalu

Pemimpin Industri, Perniagaan Antarabangsa Nyata Minat Melabur Di Malaysia – PM

oleh Fida Ruzki