web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelabur Semakin Yakin, Lebih Banyak Pelaburan Bakal Masuk Ke Malaysia - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 2:03PM

Fahmi Fadzil berkata keyakinan itu dizahirkan para pelabur ketika beliau bertemu mereka di London baru-baru ini sewaktu melakukan lawatan kerja sempena Minggu Teknologi London (LTW) 2023 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Keyakinan pelabur terhadap Malaysia kini semakin baik, dan ia akan mendorong lebih banyak pelaburan masuk ke negara ini tidak lama lagi, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. 

Berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini, Fahmi berkata keyakinan itu dizahirkan para pelabur ketika beliau bertemu mereka di London baru-baru ini sewaktu melakukan lawatan kerja sempena Minggu Teknologi London (LTW) 2023.

Beliau berkata misi pelaburan ke LTW 2023 dari 12 hingga 16 Jun itu juga menyaksikan Malaysia meraih komitmen pelaburan bernilai RM8.3 bilion dalam pelbagai sektor teknologi digital.

 “Kita telah tinggalkan satu perasaan positif dalam kalangan pelabur, mereka (dapat) rasa hala tuju, kestabilan politik dan keupayaan Malaysia untuk jadi pusat tumpuan bagi pelaburan.

 “Mereka ada keyakinan tambahan. Insya-Allah, tidak mustahil, dalam masa tidak berapa lama lagi lebih banyak pelaburan masuk ke negara kita,” katanya.

Fahmi seterusnya menyeru agensi dan jabatan di bawah KKD untuk tidak bekerja secara silo, sebaliknya perlu saling bekerjasama mengetengahkan produk digital atau industri kreatif yang bertepatan di forum antarabangsa seperti LTW tahun depan. 

“Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) atau Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sebagai contoh, wajar mengumpulkan produk bersesuaian daripada agensi-agensi  KKD untuk diperkenalkan kerana ia membantu eksport ekonomi digital. 

"Ini datangkan hasil kepada negara… bekerjasama dan bergerak pantas ke depan,” katanya.

Sementara itu Fahmi berkata FINAS perlu memainkan peranan membantu membawa karya filem dan industri kreatif untuk diketengahkan ke pasaran luar negara seperti di rantau Asia Tenggara yang mempunyai jumlah populasi 650 juta orang.  

“Realitinya, kalau kita lihat audiens di Malaysia untuk filem, tidak besar mana. Daripada jumlah 34 juta rakyat Malaysia, yang benar-benar menonton filem mungkin tidak cecah 10 juta.

“Bila lihat rantau Asia Tenggara, jumlah penduduk 650 juta dan tidak perlu pergi jauh, Singapura, Indonesia dan Brunei ini, mereka ada rumpun Melayu dan Bahasa Melayu mudah difahami audiens, dan kita teliti usaha untuk eksport filem ke negara berkenaan,” katanya. 

Beliau turut merakamkan penghargaan di atas filem-filem Malaysia yang menerima penganugerahan dan menempah kejayaan di peringkat antarabangsa, yang jelas membuktikan tentang kebolehan dan bakat besar yang ada dalam industri filem Malaysia.

Sebelum ini filem indie ‘Tiger Stripes’ terbitan syarikat Ghost GRRRL Pictures Sdn Bhd mencipta sejarah dengan menjadi filem Malaysia pertama memenangi hadiah utama untuk filem terbaik di Minggu Pengkritik Cannes, bar sisi (sidebar) untuk Festival Filem Cannes yang berprestij dari 17 hingga 25 Mei lepas.

Filem ‘Abang Adik’ pula berjaya melakar sejarah apabila memenangi tiga anugerah utama pada Far East Film Festival Ke-25 yang berlangsung di Udine, Itali pada 21 hingga 29 April lepas, selain berjaya memenangi trofi Golden Mulberry, Black Dragon Critics dan Anugerah White Mulberry untuk filem cereka terbaik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar