web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MCMC Sekat 581 Juta SMS Meragukan Sejak 2021-31 Mei 2023

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 5:17PM

Teo Nie Ching - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya menyekat sejumlah 581 juta khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meragukan sejak 2021 hingga 31 Mei tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata dalam tempoh yang sama sebanyak 237,999 talian mudah alih dan tetap yang menghantar SMS meragukan juga telah ditamatkan perkhidmatan.

Beliau berkata secara teknikalnya terdapat banyak perkara yang perlu diteliti sebelum membuat sekatan seperti memastikan pautan pelokasi sumber seragam (URL) dalam perkhidmatan SMS yang diterima oleh pengguna hanyalah sebagai pengantaraan kepada sesebuah portal ataupun aplikasi.

“Sehingga kini tiada kaedah yang khusus dapat mengesahkan bahawa pautan yang disertakan dalam kandungan SMS tersebut adalah sahih atau tidak, kerana kekangan seperti pautan itu lazimnya menggunakan nama domain asing dan dihoskan di negara lain dan tiadanya kebolehupayaan untuk mengenal pasti pautan yang disediakan adalah berunsur pancingan (phishing),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Seri S. Vell Paari pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Vell Paari di dalam soalannya ingin tahu mengapa baru sekarang MCMC mengeluarkan arahan kepada semua syarikat telekomunikasi bagi menghalang penyertaan pautan URL dalam penghantaran SMS untuk mengatasi sejumlah penipuan atas talian yang sering menghantar SMS kepada pengguna.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkenaan perlindungan data peribadi, Teo berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti semula Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) dan dijangka dibentang di Parlimen tahun hadapan.

“KKD sedang berusaha mengkaji semula akta tersebut untuk ketatkan undang-undang bagi memastikan kita boleh memberi perlindungan yang lebih meluas kepada semua rakyat jelata supaya data peribadi kita tidak boleh disalah guna,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

3

Semasa 2 tahun yang lalu

MCMC Rakam Keterangan Chegubard, Salim Iskandar, Papagomo Esok

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Fahmi Arah MCMC Ambil Tindakan Terhadap Pengguna TikTok Sebar Video Berbaur Fitnah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek