web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wan Junaidi Dilantik Yang Dipertua Dewan Negara Ke-19

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 11:14AM

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-19 hari ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-19 hari ini.

Wan Junaidi menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim yang dilantik sebagai Speaker Dewan Negara sejak 18 Jun 2020 dan tamat perkhidmatan pada 16 Jun lepas. 

Pelantikan itu dibuat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan Wan Junaidi, yang juga calon tunggal sebagai cadangan nama ahli untuk dilantik. 

"Mengikut Peraturan Mesyuarat 2 (1), saya telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih," katanya. 

Cadangan itu disokong Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Peraturan Mesyuarat 2 (1) menyatakan aturan memilih Tuan Yang Dipertua hendaklah seperti yang tersebut, iaitu tiap-tiap ahli yang hendak mencadangkan nama ahli yang hendak dipilih jadi Tuan Yang Dipertua, mestilah mempastikan terlebih dahulu iaitu ahli itu suka berkhidmat jika dia dipilih dan hendaklah memberitahu setiausaha akan cadangannya, sekurang-kurangnya dua hari sebelum diadakan mesyuarat.

Sementara itu, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara. 

Terdahulu, keputusan melantik Nur Jazlan dibuat melalui proses pengundian bersurat memandangkan terdapat lebih daripada satu nama dikemukakan.

Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu mengumumkan pemilihan Nur Jazlan selepas calon dari kerajaan itu mendapat undi tertinggi mengatasi seorang lagi calon menerusi keputusan undi bersurat.

“Yang Berhormat Senator Datuk Nur Jazlan  Mohamed mendapat 43 undi dan Yang Berhormat Datuk Razali Idris mendapat 11 undi manakala lapan orang ahli tidak hadir. 

"Maka selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 5 (2) saya dengan ini memasyhurkan Yang Berhormat Senator Datuk Nur Jazlan dipilih menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara,” kata Wan Junaidi.

Peraturan Mesyuarat 5 (2) menyatakan aturan memilih Timbalan Tuan Yang Dipertua itu hendaklah seberapa bolehnya sama seperti aturan memilih Tuan Yang Dipertua melainkan memilihnya itu hendaklah dijalankan oleh Tuan Yang Dipertua.

Usul pencalonan Nur Jazlan dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Majlis manakala wakil pembangkang menamakan Razali sebagai calon mereka.

Pencalonan Razali dicalonkan oleh Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad