web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sultan Mizan Titah Jaga Akhlak Semasa PRN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 7:14AM

Baginda bertitah politik kebencian seperti maki hamun dan caci maki perlu dielak agar tidak menjejaskan perpaduan ummah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah mengingatkan parti politik yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi supaya berkempen secara sihat dan menunjukkan akhlak serta teladan baik kepada rakyat.

Baginda bertitah politik kebencian seperti maki hamun dan caci maki perlu dielak agar tidak menjejaskan perpaduan ummah yang bermazhabkan Imam Syafie serta berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Beta berharap agar tidak berlaku di Terengganu pada pilihan raya kali ini budaya yang melampaui batas seperti memaki hamun dan sebagainya.

"Perbezaan politik tidak sepatutnya sesekali menggugat asas ini dan kita seharusnya belajar serta mengambil iktibar daripada kejatuhan empayar Islam Uthmaniyah di Turkiye dan Andalusia di Sepanyol," titah baginda.

Sultan Mizan bertitah demikian pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu Yang Ke-61 di Istana Syarqiyyah di sini semalam.

Baginda turut bertitah selepas PRN, rakyat diharap dapat kembali sepenuhnya kepada kehidupan yang harmoni dan saling menghormati manakala kerajaan negeri boleh memperkasa sektor pelancongan bagi meningkatkan penjanaan ekonomi Terengganu serta penduduknya.

Titah baginda, di samping pelancongan pulau yang dianggap sinonim dengan Terengganu, produk baharu di tanah besar juga perlu diselaras dengan lebih berkesan bagi memastikan sektor itu terus berkembang.

Menurut baginda, Terengganu yang memiliki jajaran pantai terpanjang di Malaysia turut berpotensi mewujudkan taman kenderaan rekreasi (RV) yang mampu menarik pelancong seperti di Kampung Mangkuk, Setiu dan Pulau Kekabu di Marang.

"Pelancongan berasaskan komuniti (CBT) juga perlu dipertingkat oleh kerajaan negeri dalam meningkatkan pendapatan komuniti setempat. Program seumpama ini dapat diperkasa dengan penambahan bilangan kawasan CBT berdasarkan keunikan kawasan dan produk yang dihasilkan.

"Melalui program CBT juga, pemuliharaan alam semula jadi yang mampan, kesenian, kebudayaan dan warisan Terengganu dapat diteruskan," titah baginda.

Sultan Mizan turut menitahkan supaya semua pihak termasuk agensi kerajaan, pemilik hotel dan tetamu pulau menjaga serta mengawasi keadaan sekitar supaya keindahan, keunikan dan khazanah laut tidak tercemar.

Titah baginda, kerajaan negeri perlu mengambil serius perkara itu dengan memperketat langkah penguatkuasaan peraturan dan prosedur operasi standard di kawasan pelancongan bagi mendisiplinkan pemain industri. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi