web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Nafi Cuba Terapkan Konsep Islam Berlebihan Dalam Kerajaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 5:06PM

Anwar (kiri) berbincang sesuatu bersama Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdhah Hasanah Melele, Syeikh Dr Mohd Jamil Sadaqi Tajuddin pada Majlis Sambutan Jubli Intan SMA Nahdhah Hasanah Melele, Kodiang hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JITRA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau cuba menerapkan konsep Islam secara berlebihan dalam pentadbirannya apabila mahu memperluas peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang didakwa segelintir pihak.

Beliau berkata tuduhan yang dilemparkan ke atasnya oleh segelintir kecil orang bukan Islam itu menunjukkan golongan itu tidak faham kepentingan mendidik umat Islam mengenai konsep sebenar agama itu.

"Saya mahu JAKIM bukan bicara soal agama sahaja, bukan soal aspek-aspek perundangan Islam sahaja, JAKIM sekarang di bawah pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan diperluas tugas, bicara soal ekonomi, lihat program digital, lihat kokurikulum pendidikan.

"Tanggungjawab itu lebih luas supaya nilai Islam itu diterapkan dan ini ditentang oleh pihak yang tidak faham, kelompok kecil bukan Islam yang menulis secara kasar dia kata 'Anwar sekarang ini mempamerkan sikap Islamist yang kukuh yang cuba diselindungi selama ini dengan mengarahkan JAKIM menguasai semua sistem'," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdhah Hasanah Melele, Kodiang dekat sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Pengetua SMA Nahdhah Hasanah Melele Mohd Jamil Sadaqi Tajuddin.

Anwar menjelaskan jika umat Islam di negara ini tidak mendapat kefahaman sebenar mengenai ajaran Islam, ia dibimbangi boleh mengakibatkan berlakunya pertembungan antara masyarakat di negara ini.

"Saya nak beritahu rakan-rakan saya yang bukan Islam, terima kasih atas sokongan mereka, tapi mereka juga harus faham, kalau umat Islam ini ilmunya dangkal, kecenderungannya itu menghukum, kalau sikapnya itu bengis, keras, tidak membawa rakyat menarik dan meminati Islam, maka masa depan kita lebih celaru dari segi pertarungan, pertembungan, perbenturan antara dua pihak ini," katanya.

Beliau juga berkata selama tujuh bulan mentadbir negara, kerajaannya tidak pernah menerima sebarang tentangan daripada bukan Islam, sebaliknya mereka hanya bertanyakan tentang usaha yang hendak dilakukan kerajaan.

Sementara itu, Anwar berkata beliau mengalu-alukan golongan ilmuan, guru Islam dan ustaz memberikan pandangan mereka terhadap kerajaan, namun mengingatkan mereka untuk tidak terbawa-bawa dengan politik perpecahan.

"Jadi kalau kita nak pertahankan Islam, ada banyak lagi perkara boleh kritik saya, saya boleh terima, boleh kritik kerajaan, saya boleh terima, tapi fitnah tidak boleh.

"Ada pandangan umpamanya kalau tidak bersama dengan parti itu, bukan Ahli Sunnah Waljamaah, bukan itu parah? Ustaz-ustaz guru agama mesti tegur, janganlah kita punyai ketaksuban kepada parti mengatasi segala," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad