web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MRCB Terima Anugerah Emas Kelima Untuk Pelaporan Australasian Tahunan 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 4:36PM

Amarjit Chhina berkata kejayaan menggondol satu lagi Anugerah Emas membuktikan komitmen MRCB yang tidak berbelah bahagi untuk menetapkan piawaian tertinggi dalam tadbir urus korporat dan pendedahan. - Gambar The Vibes

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SYDNEY – Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) menggondol Anugerah Emas pada Anugerah Pelaporan Australasian Tahunan Ke-73 yang diadakan di Sydney, Australia semalam.

Kemenangan itu ialah untuk Laporan Tahunan Bersepadu 2021 dikeluarkan syarikat tersebut.

Ini ialah kali kelima MRCB menerima Anugerah Emas, yang menggambarkan laporan dan pendedahan berstandard tinggi, berdasarkan amalan baik global serta penanda aras antarabangsa yang memfokus kepada ketelusan dan akauntabiliti.

Anugerah Pelaporan Australasian, dikendalikan pertubuhan bebas tidak berasaskan keuntungan dengan sokongan badan profesional yang menjurus kepada kualiti laporan perniagaan dan kewangan itu diwujudkan untuk meningkatkan standard laporan. 

“Terdapat peningkatan amat ketara dalam laporan korporat sejak beberapa tahun lalu, dipacu oleh peningkatan keperluan pendedahan oleh pihak berkepentingan dan pengawal selia,” kata Ketua Pegawai Korporat MRCB, Amarjit Chhina.

“Walaupun standard laporan korporat kerap kali dinaikkan, kejayaan menggondol satu lagi Anugerah Emas membuktikan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk menetapkan piawaian tertinggi dalam tadbir urus korporat dan pendedahan.”

Antara syarikat ternama lain yanv memenangi Anugerah Emas itu termasuk Pejabat Audit New South Wales, CLP Holdings Ltd, NSW Environmental Protection Authority, Sanford Limited, dan CPA Australia.

MRCB baru-baru ini turut memenangi Anugerah Emas untuk Tadbir Urus, Pelaporan dan Ketelusan di ESG Positive Impact Awards 2022 yang diadakan pada 8 Jun lalu.

ESG Positive Impact Awards mengiktiraf perniagaan yang telah menunjukkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang teladan. 

Ia disahkan beberapa organisasi terkemuka dan dihormati, termasuk ABAC Centre of Excellence Limited dan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia, Ernst & Young.

Anugerah tersebut mengiktiraf usaha berterusan MRCB dalam ESG untuk pendedahan korporat dan membina pengiktirafan yang diterima tahun lalu, apabila menduduki tempat ke dua daripada 864 syarikat tersenarai dalam Anugerah Tadbir Urus Korporat ASEAN Kumpulan Pemerhati Pemegang Saham Minoriti (MSWG).

MRCB turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Platinum (untuk Syarikat Dengan Modal Pasaran Kurang daripada RM2 bilion) di Anugerah Korporat Tahunan Institut Akauntan Malaysia.

MRCB juga menduduki tangga pertama untuk Ketelusan di Anugerah Pemaju Malaysia pada 2022. - The Vibes, 16 Jun 2023



 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad