web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Pulau Pinang Tahan 38 Along

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 2:20PM

Khaw Kok Chin berkata kesemua mereka terdiri daripada 34 lelaki dan empat perempuan itu ditahan sejak pihaknya melancarkan operasi besar-besaran pada 5 Jun lepas hingga semalam. - Gambar Facebook PDRM Pulau Pinang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang menahan 38 individu kerana terbabit dengan aktiviti pinjaman wang tidak berlesen atau along dalam operasi khas yang dijalankan bagi menangani sekali gus membanteras kegiatan itu.

Ketua Polis Pulau Pinang Khaw Kok Chin berkata kesemua mereka terdiri daripada 34 lelaki dan empat perempuan itu ditahan sejak pihaknya melancarkan operasi besar-besaran pada 5 Jun lepas hingga semalam.

"Sejak pihak polis Pulau Pinang melancarkan operasi besar-besaran membanteras kegiatan along itu, kami telah menahan seramai 38 individu di sekitar Pulau Pinang dan negeri-negeri jiran kita kerana mereka cuba melarikan diri serta bersembunyi di sana.

"Semua yang ditahan itu berumur 21 hingga 72 tahun dan ada dalam kalangan mereka yang ditahan itu bersangkut beberapa kes lama yang kertas siasatan telah dibuka namun mereka masih bebas (melarikan diri) dan bila kita tangkap, kita (akan) terus dakwa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong.

Mengulas sama ada along yang ditahan itu terlibat dalam kes ugutan jenayah terhadap Khaw, beliau berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap mereka.

"Pihak polis sedang siasat sama ada mereka terlibat cuma apa yang saya boleh maklumkan, kita ada modus operandi untuk mengesan (along) yang terlibat dengan ugutan jenayah itu … saya tidak boleh ulas lanjut kerana tidak mahu suspek lari," katanya.

Khaw berkata kesemua 38 suspek yang ditahan itu disiasat di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memperhebat usaha dan sedang memburu sindiket pemberi pinjaman wang tidak berlesen yang menghantar sepucuk surat amaran dan ugutan jenayah kepada Ketua Polis Pulau Pinang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata pihaknya memandang serius tindakan biadab dan melampau along yang berani mencabar serta mengugut pegawai tertinggi PDRM di Pulau Pinang.

Surat layang itu yang dimasukkan di dalam sampul surat, telah diterima pada 1 Jun lepas melalui perkhidmatan Pos Malaysia.

Acryl Sani turut dilaporkan berkata pemeriksaan awal polis terhadap sampul surat terbabit mendapati terdapat enam keping replika wang kertas “duit mayat” dan sekeping nota berbentuk amaran agar polis menghentikan tindakan agresif memerangi sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen di Pulau Pinang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Digesa Tahan Ketua Pemuda UMNO Bagi Hentikan 'Kempen' Hasutan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pegawai Kanan Polis Disyaki Lindungi Kegiatan Haram Dicekup

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad