web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Lagi Warga Asing Ditahan Kencing Di Tempat Awam BSI

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 10:01PM

Lelaki berumur 48 dan 66 tahun itu masing-masing ditahan di bangunan berkenaan pada pukul 12.12 tengah malam dan 3.56 pagi, hari yang sama - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua lelaki warga asing ditahan kerana kencing di tempat awam di dalam bangunan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata lelaki berumur 48 dan 66 tahun itu masing-masing ditahan di bangunan berkenaan pada pukul 12.12 tengah malam dan 3.56 pagi, hari yang sama.

“Ibu Pejabat Polis Daerah JBS menerima laporan daripada anggota polis bantuan BSI berkaitan penahanan dua lelaki warga asing yang berkelakuan tidak senonoh iaitu kencing di tempat awam di dalam BSI.

“Bagaimanapun, hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua lelaki terbabit negatif daripada pengaruh dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Sejak akhir-akhir ini, kes melibatkan warga asing kencing di tempat awam di CIQ BSI semakin kerap berlaku dan tular menerusi beberapa rakaman video dalam media sosial. 

Sebelum ini, seorang wanita warga asing dipercayai membuang air kecil di belakang kaunter dan seorang lelaki warga emas ditahan kerana kencing di tempat mengambil wuduk di bangunan itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam