web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penerima STR Layak Nikmati Faedah Skim Perubatan Madani Secara Automatik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 11:21AM

Dr Zaliha Mustafa - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara automatik layak memperoleh manfaat Skim Perubatan Madani bermula hari ini.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, program perintis skim terbabit bakal dimulakan di 10 daerah iaitu Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling di Selangor, Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak) hingga akhir tahun nanti.

Menurut beliau, skim tersebut ialah antara inisiatif rintis kerajaan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40, terutamanya dalam mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut (rawatan pesakit luar kes-kes akut) di pengamal perubatan swasta umum (GP). 

“Perkhidmatan percuma yang ditawarkan adalah seperti konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan yang akan diberikan di GP kepada penerima manfaat mengikut pakej ditentukan.

“Penerima manfaat boleh mendapat beberapa kali rawatan percuma sehingga peruntukan bagi setiap isi rumah telah habis,” katanya hari ini.

Dr Zaliha berkata, setiap isi rumah berkeluarga akan diberi peruntukan berjumlah RM250 manakala warga emas tanpa pasangan layak menerima RM125.

“Untuk kategori bujang pula, mereka akan menerima peruntukan berjumlah RM75.

“Rawatan pesakit luar kes-kes akut percuma yang ditawarkan di bawah skim ini Skim merangkumi rawatan bagi demam selesema, cirit birit, muntah, terseliuh, sakit kepala, trauma ringan dan pelbagai lagi,” katanya.

Pakej tersebut bagaimanapun jelas beliau, tidak merangkumi rawatan bukan akut imunisasi rutin, saringan kesihatan, rawatan susulan rutin penyakit tidak berjangkit (NCD), rawatan susulan rutin ibu dan anak serta perancangan keluarga rutin

“Ia juga tidak terpakai untuk perkhidmatan rehabilitasi dan permohonan ubat-ubatan serta suplemen tanpa konsultasi doktor,” katanya.

Dr Zaliha memberitahu, semua perkhidmatan kesihatan bagi keadaan bukan akut yang tidak ditawarkan oleh Skim Perubatan Madahi itu boleh didapati di klinik kesihatan milik Kementerian Kesihatan (KKM).

“Fasa rintis Skim Perubatan Madani ini dijangka memberi manfaat kepada 700,000 isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM100 juta. 

“Pra-pendaftaran adalah tidak diperlukan untuk menikmati manfaat Skim Perubatan Madani bagi penerima STR dan tanggungan mereka,” katanya.

Jelas beliau, penerima STR hanya perlu membawa kad pengenalan semasa mendapat rawatan di GP yang berdaftar di bawah skim terbabit.

“KKM melalui ProtectHealth menyasarkan sebanyak 700 GP untuk mendaftar sebagai panel Skim Perubatan Madani menjelang September tahun ini.

“Ketika ini, sebanyak empat sesi penerangan dan latihan kepada GP telah dijalankan dan KKM dijangka melaksanakan 10 sesi lagi bagi mencapai sasaran GP yang berdaftar untuk skim berkenaan,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai skim tersebut termasuk semakan kelayakan dan senarai klinik panel boleh didapati di laman sesawang ProtectHealth, iaitu di www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani atau menghubungi talian 03-8687 2525. - Getaran, 15 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 15 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan