web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Amal Hak Asasi Manusia Berdasarkan Negara OIC - Mohd Na'im

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 9:46PM

Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata kerajaan berpendirian bahawa Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa (UDHR) tidak seharusnya menjadi satu-satunya sumber dalam menangani isu-isu hak asasi manusia - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengamalkan prinsip hak asasi manusia berdasarkan pendirian negara-negara Islam dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menerusi Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) dan bukan hanya berprinsipkan negara Barat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata kerajaan berpendirian bahawa Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa (UDHR) tidak seharusnya menjadi satu-satunya sumber dalam menangani isu-isu hak asasi manusia.

“Islam telah mengangkat martabat manusia dengan melarang diskriminasi terhadap wanita dan kanak-kanak, mengajak umat mencintai ilmu dan pendidikan serta mewajibkan pemerintah untuk memberikan hak dan keperluan asas yang diperlukan oleh rakyat seperti kebajikan dan keamanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung usul Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, terdapat beberapa Ahli Parlimen membangkitkan tentang konsep hak asasi manusia berpandukan Barat dan konsep yang berasaskan Islam, selain mengesyorkan agar konsep hak asasi manusia yang diguna pakai kini diteliti semula.

Selain itu, Mohd Na'im berkata bagi membentuk kefahaman yang baik mengenai hak asasi manusia daripada perspektif Islam, kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan seminar dan Konvensyen Hak Asasi Manusia daripada Perpektif Islam.

Katanya, program tersebut akan diteruskan bagi memberi kefahaman yang jelas mengenai perkara itu, sementara JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) turut menerapkan kefahaman Islam mengenai hak asasi manusia dalam khutbah Jumaat.

Menyentuh mengenai pendidikan agama Islam kepada masyarakat Orang Asli, beliau berkata seramai 232 Penggerak Masyarakat Orang Asli di seluruh Semenanjung Malaysia tidak dapat menampung perkhidmatan yang perlu diberikan di semua kampung komuniti itu yang jumlahnya menghampiri 700.

“Ini menyebabkan kelas-kelas pengajian yang dirancang kadangkala tidak dapat dilaksanakan. Selain daripada mengajar, Penggerak Masyarakat Orang Asli turut dibebankan dengan tugas membantu Orang Asli berkaitan hal ehwal kebajikan Muslim. Ini juga mampu menyebabkan jadual kelas dirancang terganggu,” katanya.

Beliau memaklumkan kelas pengajian fardu ain secara tidak formal turut diadakan di surau atau dewan sebanyak dua kali seminggu, selain ziarah dari rumah ke rumah serta bimbingan ibadah, dalam usaha memperkasa pengetahuan dan pemahaman agama Islam dalam kalangan masyarakat itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Terpedaya Agensi Dakwa Mampu Keluar Visa Haji – Menteri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Amnesty International, OIC Desak Siasatan Segera Terhadap Serangan Bantuan Di Gaza

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad