web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas CEO 1MDB Syak Aktiviti Menyalahi Undang-undang Antara Najib-Jho Low

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 8:44PM

Najib Tun Razak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau mengesyaki terdapat beberapa aktiviti yang menyalahi undang-undang dalam syarikat antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low berhubung penerbitan bon US$3 bilion.

Penerbitan bon US$3 bilion itu melibatkan 1MDB Global Investments Limited (1MDB GIL) kepada Abu Dhabi-Malaysia Investment Company (ADMIC).

Mohd Hazem Abd Rahman, 47, bagaimanapun berkata beliau tidak pernah meminta Najib, yang ketika itu perdana menteri, supaya menjelaskan perkara berkenaan tetapi telah menyatakan kebimbangannya kepada bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan bekas Setiausaha Sulit Najib, Allahyarham Datuk Azlin Alias, memandangkan mereka boleh berhubung dengan Najib.

Najib, yang juga bekas menteri kewangan ketika itu, merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Saksi pendakwaan ke-10 itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed dalam perbicaraan kes Najib melibatkan penyalahgunaan dana 1MDB.

Wan Aizuddin: Anda mengatakan bahawa anda mengesyaki proses mendapatkan dana itu... ada yang tidak kena. Ada beberapa agenda jahat oleh Jho Low ... dan anda juga mengatakan Jho Low memberitahu anda bahawa semua penerbitan bon ini adalah arahan perdana menteri?

Mohd Hazem: Ya.

Wan Aizuddin: Bukankah itu bererti perdana menteri juga terlibat sebagaimana yang diberitahu oleh Jho Low dalam agenda jahat ini?

Mohd Hazem: Tidakkan perdana menteri akan terlibat? Sudah tentunya ya.

Wan Aizuddin: Jadi, itu adalah satu tuduhan yang sangat berat untuk mengatakan bahawa perdana menteri terlibat dalam sesuatu yang menyalahi undang-undang dengan syarikat itu?

Mohd Hazem: Ya, pada tahap tertentu, ya.

Saksi itu bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan peguam berkenaan bahawa alasan beliau tidak mendapatkan penjelasan daripada Najib kerana bukan hanya beliau mempunyai syak wasangka terhadap agenda Jho Low tetapi beliau juga mengikuti rancangan Jho Low.

Mohd Hazem berkata beliau tidak pernah menyatakan rasa sangsi beliau itu kepada lembaga pengarah 1MDB dan tidak pernah membuat sebarang laporan kepada pihak berkuasa berhubung arahan yang diterima daripada Jho Low, ahli perniagaan yang kini dalam buruan.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung Rabu. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar