web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kualiti Air Sungai Klang Bertambah Baik, Jumlah Sampah Dikeluarkan Catat Penurunan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 7:08AM

Nik Nazmi Nik Ahmad (tengah) melawat perangkap sampah 'The Ocean Cleanup' ketika mengadakan lawatan kerja melawat Sungai Klang semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PELABUHAN KLANG - Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata jumlah sampah yang dikeluarkan dari Sungai Klang sejak 2016 terus mencatatkan penurunan manakala tahap kualiti air di sungai itu berjaya ditingkatkan. 

Beliau berkata kualiti air Sungai Klang, yang sebelum ini di kelas empat dan lima, kini mencapai kelas tiga serta mencecah kelas pertama pada musim hujan manakala masalah bau juga semakin berkurangan. 

“Penggunaan dua jentera pembersihan sungai (Interceptor) sejak 2019 dilihat sangat memberangsangkan dalam 'menangkap' sampah sarap terutama plastik dan ini menunjukkan kejayaan pencapaian kerajaan negeri iaitu Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau (MBI) dan syarikat Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB)," katanya kepada pemberita selepas melawat taman paya bakau Mangrove Point di sini semalam.

Terdahulu, Nik Nazmi menyaksikan majlis menandatangani kolaborasi di antara LLSB dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Jaringan Malaysia dan Brunei.

LLSB dalam kenyataan hari ini memaklumkan melalui inisiatif Gerbang Maritim Selangor (SMG), sampah terapung seberat 86,021 tan metrik atau bersamaan berat 470 pesawat Boeing 747 telah ditarik keluar dari sungai itu.

"Pengurangan pengeluaran sampah tahunan sebanyak 63 peratus antara 2016 dan 2022 melepasi melepasi petunjuk prestasi utama Fasa 1 yang meletakkan sasaran pengurangan sebanyak 40 peratus. 

"Pada tahun lepas, projek itu menyaksikan pengeluaran 6,117 tan metrik sampah terapung sebulan berbanding garis dasar pada 2016 sebanyak 16,408 tan metrik sebulan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 44 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran