web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guru BM, BI Paling Ramai Mohon Bersara Awal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 11:18AM

Fadhlina berkata berdasarkan data yang direkodkan oleh KPM, seramai 6,890 pegawai dalam sektor pendidikan memohon persaraan pilihan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) mendedahkan guru Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) paling ramai memilih untuk bersara awal dalam perkhidmatan perguruan sejak dua tahun lalu.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, berdasarkan data yang direkodkan, seramai 6,890 pegawai dalam sektor pendidikan memohon persaraan pilihan.

Menurutnya, jumlah tersebut merangkumi guru yang mengajar dalam enam mata pelajaran.

Fadhlina Sidek
Fadhlina Sidek

“Berdasarkan rekod KKM, bilangan pegawai perkhidmatan pendidikan yang memohon persaraan pilihan berdasarkan enam opsyen utama tertinggi dari 2021 hingga 2022 adalah seperti berikut.

“Bahasa Melayu seramai 2,862 guru, Bahasa Inggeris (1,146), Matematik (1,015), Pendidikan Islam (755), Sains (629) dan Sejarah (483),” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) yang ingin mengetahui statistik permohonan bersara pilihan dalam kalangan pegawai perkhidmatan pendidikan secara perbandingan mengikut bidang kepakaran (opsyen) dari 2021 hingga 2023.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, bagi permohonan bersara pilihan tahun ini, ia masih dalam proses kelulusan dan sedang dipertimbangkan agensi pusat.

Untuk rekod, persaraan pilihan dibuka untuk mereka yang berusia 50 tahun dalam sektor kerajaan yang dilantik selepas 1991.

Umur bersara wajib pula antara 55 hingga 60 tahun. – Getaran, 13 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam