web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Dijadual Perjelas Perjanjian Sempadan Maritim Malaysia-Indonesia Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 9:07AM

Anwar Ibrahim - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjelaskan mengenai perjanjian persempadanan maritim yang ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia baru-baru ini, pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) persidangan Dewan Rakyat hari ini. 

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan laman rasmi Parlimen, Anwar menjelaskan isu itu bagi menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bahru) mengenai jaminan kerajaan bahawa perjanjian berkenaan tidak akan menjejaskan hak kedaulatan dan merugikan negara khususnya kesan negatif terhadap aktiviti ekonomi maritim dalam jangka masa panjang.

Noraini Ahmad
Noraini Ahmad

Perdana menteri turut dijadual menjawab soalan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang ingin tahu pembaharuan dibuat kerajaan dalam pendekatan dan tatakelola undang-undang atau peraturan untuk mengekang ketirisan serta kebocoran wang awam.

Noraini juga meminta perdana menteri menyatakan sama ada kerajaan akan meneruskan pelaporan perbelanjaan dan pemantauan Belanjawan Negara.

Pada sesi sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan akan menjelaskan pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR) diwujudkan oleh Mesyuarat Majlis Sains Negara (NSC) yang dijangka menjana RM12.1 bilion kepada pendapatan negara menjelang 2030.

Soalan yang diajukan oleh Tan Kar Hing (PH-Gopeng) itu juga meminta perdana menteri menyatakan kelebihan Malaysia dalam usaha menjadi penggerak utama ekonomi hidrogen berbanding negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan, China, Australia dan negara ASEAN yang telah mula menceburi sektor hidrogen.

Pada sesi soal jawab pula, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) mengemukakan soalan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengenai kesan perubahan cuaca, ancaman bencana alam, serangan penyakit dan perosak terhadap pengeluaran bahan makanan sepanjang dua tahun lepas serta langkah mitigasi yang telah diambil untuk mengurangkan impaknya terhadap sekuriti makanan negara.

Selesai sesi itu, persidangan diteruskan dengan perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Selain itu, Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2023 turut tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat untuk bacaan kali kedua.

Persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung selama 11 hari akan berakhir Khamis ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi