web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahu Kekal Relevan? MIC Perlu Ubah Mentaliti - T Mohan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 9:36PM

T Mohan berkata, keperluan pengundi ketika ini sudah jauh berbeza berbanding dahulu kerana mereka lebih mengutamakan pemimpin yang mudah didampingi - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUCHONG – Mentaliti pemimpin dan ahli MIC perlu berubah jika parti itu mahu kekal relevan dalam arena politik tanah air.

Naib Presiden MIC, Datuk T Mohan berkata, keperluan pengundi ketika ini sudah jauh berbeza berbanding dahulu kerana mereka lebih mengutamakan pemimpin yang mudah didampingi.

Menurut beliau, pengundi mutakhir ini juga tidak lagi mudah dipujuk dengan janji manis atau retorik politik yang lebih bersifat menanam tebu di pinggir bibir.

“Zaman 70-an atau 80-an itu lain. Pengaruh media sosial pada era tersebut masih tiada, justeru pendekatan secara tradisional masih berupaya menambat hati rakyat.

“Waktu sudah berubah. Penggunaan media sosial bertebaran di seluruh pelusuk negara. Jika pemimpin tidak mahu menyesuaikan diri dengan keadaan semasa, usah berharap mereka akan beroleh sokongan,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Mengulas senario semasa yang menampakkan MIC seolah-olah semakin tenggelam, Ketua MIC Cawangan Puchong Camp Village itu berkata, keadaan tersebut tidak hanya berlaku ke atas parti berkenaan, tetapi juga komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

Katanya, kekalahan besar BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sedikit sebanyak menyumbang kepada situasi itu.

“Ini adalah antara faktor mengapa saya katakan MIC perlu mengubah mentaliti. Parti perlu berubah mengikut apa yang rakyat dan pengundi kehendaki. Dulu kita beri sumbangan barangan keperluan, mereka suka. Sekarang itu semua tidak mencukupi.

“Pengundi khususnya generasi muda mahukan wakil yang agresif dan aktif bersuara. Mereka mahu lihat wakil dipilih aktif memperjuang dan membawa suara akar umbi ke peringkat atasan,” katanya.

Mohan turut berkata pengundi khususnya generasi muda mahukan wakil yang agresif dan aktif bersuara - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Mohan turut berkata pengundi khususnya generasi muda mahukan wakil yang agresif dan aktif bersuara - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Menjadikan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai contoh, Mohan berkata wakil rakyat muda itu adalah antara Ahli Parlimen yang diketahui aktif mendampingi rakyat menerusi pelbagai medium.

“Saya rasa kita semua tahu dan dapat lihat sendiri bagaimana Syed Saddiq dengan begitu efektif berinteraksi melalui media sosial.

“Beliau menggunakan segala platform yang ada, malah sentiasa memastikan dirinya mengikut trend terkini dan semasa. Ini yang perlu ada dalam diri semua pemimpin MIC,” katanya.

Beliau menarik perhatian, masih ada dalam kalangan pemimpin MIC setempat yang tidak tahu menggunakan aplikasi pesanan WhatsApp, sedangkan ia adalah antara medium utama komunikasi majoriti penduduk Malaysia.

“Rakyat khususnya generasi muda amat bergantung dengan media sosial. Dalam hal apa sekalipun mereka akan menjadikan media sosial sebagai rujukan, termasuk untuk mengetahui perkembangan terkini tanah air.

“Bagaimana kita nak bercakap mengenai usaha menarik minat belia jika teknologi seringkas dan semudah WhatsApp pun gagal dikuasai,” keluhnya.

Mengulas lanjut Mohan berkata, MIC perlu berani meredah arus perubahan bagi memastikan segala informasi dan maklumat mengenai parti dapat disampaikan dengan pantas, tuntas dan tepat.

“Mesej yang kita sampaikan (ketika ini) masih mesej (menggunakan kaedah) lama.

“Kita perlukan gaya dan kaedah baharu. Zaman sudah banyak berubah. Jika kita tidak mahu menyesuaikan diri, tidak mustahil satu hari nanti MIC hanya tinggal sebagai sejarah,” katanya. - Getaran, 12 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad