Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kualiti Pendidikan Cetus Persoalan Walaupun Keputusan SPM 2022 Lebih Baik

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 7:00AM

Keputusan peperiksaan itu yang diumumkan 8 Jun lalu menunjukkan pencapaian pendidikan negara lebih baik. - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tahap sebenar kualiti pendidikan negara dilihat masih menjadi persoalan, biarpun negara merekodkan sejarah apabila lebih 90 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 layak mendapat sijil selepas lulus sekurang-kurangnya subjek Bahasa Malaysia dan Sejarah.

Mantan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, secara umumnya, keputusan peperiksaan itu yang diumumkan 8 Jun lalu menunjukkan pencapaian pendidikan negara lebih baik. 

Beliau juga tidak menafikan bahawa kualiti sistem pendidikan negara adalah setanding dengan pentaksiran antarabangsa, seperti yang telah disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini. 

Dr Noor Azlan Ghazali - Gambar Bernama
Dr Noor Azlan Ghazali - Gambar Bernama

"Saban tahun kita di yakinkan dengan makluman bahawa pendidikan negara lebih baik dan semakin meningkat namun, di awal tahun 2023 Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan 170,000 murid sekolah di akhir sekolah rendah tidak mahir membaca. Sekitar 5.8 peratus atau 1.9 juta rakyat Malaysia pula  tidak pernah bersekolah. 

"Selain itu, penghujung Mei yang lalu, Malaysia digemparkan dengan laporan Menteri Pendidikan bahawa hampir 50 peratus (180,680 pelajar) lepasan SPM 2021 tidak berminat menyambung pengajian mereka. Ini amat merisaukan," katanya kepada Getaran, hari ini. 

Noor Azlan berkata, tindakan anak muda untuk tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi perlu dijadikan kebimbangan pelbagai pihak, ekoran Malaysia hanya memiliki 28 peratus pekerja mahir tempatan berbanding jumlah purata 53 peratus  bagi beberapa buah negara maju.

Dalam pada itu, bagi peringkat pengajian tinggi, beliau memaklumkan, agensi penarafan antarabangsa QS melaporkan kedudukan pelbagai universiti di Malaysia dilihat semakin meningkat dan negara juga mempunyai universiti bertaraf dunia. 

"Di rantau Asia Tenggara, universiti-universiti mendominasi tangga top 10, Malah terkini Universiti Sains Malaysia (USM) diletakkan sebagai yang keempat terbaik di dunia dalam penarafan The Impact Ranking. Universiti Malaya (UM) pula terus mencatat kenaikan penarafan, kini ke 70 terbaik di dunia.

Fadhlina Sidek - Gambar fail
Fadhlina Sidek - Gambar fail

Sudah berkali Menteri Pengajian Tinggi mengingatkan, posisi universiti bukan matlamat pengajian tinggi negara. Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu mengembalikan keyakinan rakyat. Sejauh mana hasil kerjanya yang telah memberi impak kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Laporan Bank Dunia ‘Aiming High’ pada 2021, memberi rumusan yang sebaliknya, Malaysia berhadapan dengan cabaran menyediakan modal insan yang berkualiti. Pencapaian pendidikan negara agak terkebelakang berbanding dengan negara maju, ini merunsingkan kita,” katanya. 

Berdasarkan penarafan daya saing global oleh Institute for Management Development (IMD), Noor Azlan berkata, Malaysia masih ketinggalan dalam konteks daya saing global disebabkan kualiti bakat negara saban tahun semakin merudum.  

Lebih membimbangkan, beliau yang juga Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inkslusif UKM (MINDA-UKM) menegaskan, Malaysia sebelum ini berada pada tangga ke-14 terbaik di dunia pada 2013, tetapi kini merudum ke tangga 36.

"Unjuran itu sangat mengelirukan. Di mana sebenarnya status kualiti pendidikan negara kita? Kita tidak boleh berterusan begini.  Sekejap hebat, membanggakan, menggembirakan namun sekejap risau, merunsingkan serta menggerunkan. 

"Penyediaan bakat berkualiti adalah antara perkara terpenting yang perlu dipastikan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi. Kita harus sepakat di mana kita hari ini. Sematlamat, ke mana hendak kita tuju untuk membangunkan Malaysia Madani," katanya. 

Malaysia bakal kehilangan kira-kira 70 peratus pekerja kemahiran tinggi jika trend lepasan SPM tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi berterusan. - Gambar oleh Azim Rahman
Malaysia bakal kehilangan kira-kira 70 peratus pekerja kemahiran tinggi jika trend lepasan SPM tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi berterusan. - Gambar oleh Azim Rahman

Terdahulu, KPM memaklumkan seramai 10,109 atau 2.7 peratus daripada 373,974 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 memperoleh keputusan semua A.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali ketika mengumumkan keputusan itu berkata, seramai 75,322 calon atau 20.1 peratus pula memperoleh keputusan sekurang-kurangnya kepujian.

Beliau berkata, 128,193 atau 34.3 peratus calon mendapat keputusan lulus, manakala 126,793 calon atau 33.9 peratus pula sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran.

Pkharuddin menjelaskan, jumlah calon layak menerima sijil pula meningkat kepada 91.6 peratus berbanding 88.1 peratus pada 2021.

Katanya, peningkatan sebanyak 3.5 peratus itu merupakan pencapaian terbaik melebihi 90 peratus sejak 2013, berdasarkan syarat pensijilan SPM yang ditetapkan. 

Sementara itu, mantan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, Malaysia bakal kehilangan kira-kira 70 peratus pekerja kemahiran tinggi jika trend lepasan SPM tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi berterusan. 

Menurut Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Prihatin Nasional itu, tindakan terbabit akan menyebabkan Malaysia terus bergantung penuh kepada warga asing untuk mengisi kekosongan pekerja kemahiran tinggi, sehingga akhirnya menyebabkan wujud pengeluaran ringgit ke negara lain.

"Jika masih kurang produk keluaran pusat pengajian tinggi disebabkan ramai anak muda tidak mahu menyambung pengajian, siapakah yang berkelayakan mengisi kekoso­ngan tenaga kerja kemahiran yang ditawarkan pada setiap tahun. 

"Perkara ini yang menggerunkan pelbagai pihak kerana akan menyebabkan banyak kilang di Malaysia lari ke negara lain setelah melihat masalah kurang pekerja mahir dalam kalangan warga tempatan. Ia juga akan menyebabkan cukai serta pendapatan negara berkurangan,” katanya. - Getaran, 12 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Keputusan UPKK 2023 Diumumkan 18 April Ini

2

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

3

Semasa 2 bulan yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Keputusan Kes Nik Elin Tidak Jejas Mahkamah Syariah - Mohd Na'im

Sorotan

1

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

2

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

3

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

4

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

5

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

6

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Kes Simbah Asid Pada Faisal Halim Ditahan

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Pusat Mempelam Kedah Antara Keutamaan Dalam Peta Tahun Melawat Kedah 2025

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 12 jam yang lalu

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games