web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KDN Disaran Permudah Proses PATI Pulang Ke Negara Asal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 8:20PM

Zaid meminta kerajaan mempermudahkan proses PATI pulang, bukan mengenakan pelbagai syarat yang sukar dipenuhi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa meneliti semula proses terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mahu pulang ke negara asal mereka selepas ditipu oleh ejen pengambilan pekerja.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Zaid Ibrahim berkata, kelemahan yang berlaku ketika ini menyebabkan pendatang asing terpaksa menetap lebih lama di Malaysia kerana proses penghantaran pulang amat mengambil masa.

Menurut beliau, denda yang terlalu tinggi dikenakan agensi kerajaan berkaitan juga membebankan, sehingga PATI terpaksa menangguhkan perjalanan pulang semata-mata untuk mencari wang di Malaysia demi menyelesaikan kompaun terbabit. 

 Zaid Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman
Zaid Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman

"Ramai yang dianiaya (ditipu) selepas termakan hasutan dijanjikan pekerjaan, gaji dan tempat tinggal yang menarik tetapi apabila sampai, kerja dan gaji tidak setimpal. Ini punca kenapa ramai PATI tinggal lebih masa di Malaysia.

“Apabila merasakan tertipu, mereka mahu pulang semula ke negara asal tetapi perlu pula melalui banyak prosedur termasuk kena bayar denda kepada ejen, kepada Jabatan Imigresen dan sebagainya.

“Mereka datang tidak ada duit, kemudian dikenakan denda tinggi pula. Di mana mereka nak dapatkan duit? Mereka terpaksa mencari kerja lain dan hidup dalam persembunyian, menyebabkan terpaksa duduk melebihi masa ditetapkan undang-undang ,” katanya menerusi video yang dikongsikan di Facebook, hari ini.

Sehubungan itu, Zaid berkata, kerajaan perlu mempermudahkan proses PATI pulang, bukan mengenakan pelbagai syarat yang sukar dipenuhi.

Jelasnya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail perlu melihat perkara terbabit sebagai isu yang wajar diambil berat dan perlu diselesaikan dengan kadar segera. 

"Saya mengikuti perkara ini dan saya kasihan kepada mereka yang teraniaya ini. Kalau kena tangkap, mereka kena bayar denda RM2,000 hingga RM3,000 iaitu satu jumlah yang besar bagi mereka.

“Pada saya, kalau mereka nak balik, biarlah mereka balik. Sepatutnya permudahkan mereka nak balik. Jangan bebankan mereka dengan denda yang besar.

“Mana mereka nak dapat duit nak bayar denda? Dahlah datang ke sini kena tipu dengan ejen, kerja pun tak ada,” katanya.

Zaid menegaskan, walaupun PATI bukan rakyat Malaysia namun adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan untuk mempermudahkan urusan mereka, sesuai dengan slogan Malaysia Madani iaitu kerajaan belas kasihan. 

"Tidak perlulah buat duit, kita bukan dalam perniagaan seperti 'slave trade' seperti dahulu. Zaman moden ini seharusnya dipermudahkan dan jangan lagi mengenakan denda tinggi kepada pendatang asing. 

"Saya meminta Menteri KDN melihat perkara ini. Selain sibuk dengan isu kalimah Allah, boleh juga selesaikan masalah warga asing yang mahu pulang ke negara mereka. Cepatkan dan jangan rumitkan proses untuk PATI," katanya. - Getaran, 11 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek