web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Diminta Lihat Semula MIB, Libatkan Komuniti India Dalam Pembangunan Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 12:43PM

Menurut SA Vigneswaran, MIB adalah antara kejayaan terbesar dan nyata dalam pembangunan dasar negara untuk komuniti India tempatan - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta melihat semula Malaysian Indian Blueprint (MIB) yang telah tergendala hampir empat tahun.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, MIB itu sebelum tergendala sudah berada di peringkat akhir pelaksanaan, sebelum dihentikan apabila negara berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurut beliau, MIB adalah antara kejayaan terbesar dan nyata dalam pembangunan dasar negara untuk komuniti India tempatan.

“Saya percaya pelaksanaan MIB ini akan memastikan masyarakat India menjadi sebahagian dan terlibat secara langsung dalam arus perdana pembangunan negara,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap pada program Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India di Pusat Konvensyen Shah Alam, semalam.

Jelas Vigneswaran, kerajaan terdahulu sebelum ini telah merangka deraf Pelan Tindakan Masyarakat India dalam usaha melaksanakan pelbagai inisiatif MIB.

“Pelan Tindakan ini menyediakan pelbagai program intervensi dan bantuan untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup masyarakat India tempatan.

“Pelan Tindakan ini juga akan memastikan semua usaha affirmative untuk masyarakat India yang sudah dirancang bagi tempoh lima tahun akan datang, dilaksanakan dengan penglibatan setiap kementerian dan jentera kerajaan yang lain,” katanya.

Vigneswaran memberitahu, MIC selaras dengan semua perancangan itu, telah menubuhkan Majlis Perundingan India (ICC) yang dibarisi wakil daripada semua parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ketua masyarakat pelbagai etnik India dan pakar ekonomi serta sosial.

“ICC ini menjadi paradigma baharu kerana kami mengambil pendekatan melibatkan semua pihak untuk kepentingan bersama. 

“Selepas sembilan bulan sejak ditubuhkan, ICC telah merangka lapan teras mengandungi 45 inisiatif khusus untuk masyarakat India dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan, seiring pengagihan sosioekonomi dengan adil, saksama dan inklusif,” katanya.

Antara strategi tumpuan ICC tambah beliau, adalah berkenaan usaha meningkatkan ekuiti komuniti India.

“Saya difahamkan di bawah kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad dulu terdapat usaha untuk meningkatkan pegangan ekuiti dari 1.5 peratus kepada tiga peratus. Malangnya, selepas 10 tahun,  pegangan ekuiti kita turun daripada 1.5 peratus kepada 1.2 peratus.

“Oleh yang demikian, kami meminta Kerajaan Perpaduan komited untuk membantu kaum India tempatan mencapai sasaran pemilikan ekuiti sebanyak tiga peratus,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Vigneswaran memberitahu, beliau akan menggerakkan ICC untuk menjalankan kajian dan merangka satu pelan tindakan jangka panjang bagi meningkatkan ekuiti masyarakat India ke tahap lebih tinggi.

“ICC juga ingin melihat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pembangunan Masyarakat India menjadi realiti dalam masa yang terdekat, bagi menetapkan keutamaan bidang tumpuan dan kemenangan pantas dalam melaksanakan MIB. 

“Ini akan mengubah penggunaan sumber dan membawa ke dalam bidang tumpuan yang menjadi keutamaan,” katanya.

Sementara itu, menyentuh mengenai usaha usaha menaik taraf tahap pendidikan belia India tempatan, Vigneswaran berkata, pihaknya memohon Kementerian Pendidikan (KPM) untuk meningkatkan kembali bilangan kerusi matrikulasi kepada 2,500 penempatan menerusi program Matrikulasi KPM.

Bagi mencapai sasaran ini jelasnya, MIC menawarkan Kolej TAFE milik parti itu untuk disewa oleh KPM pada harga serendah RM1.

“Ini bagi membolehkan kementerian memulakan kelas tanpa melibatkan perbelanjaan pembangunan,” katanya. - Getaran, 11 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam