web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Samun Bersenjata: 2 Wanita Antara 4 Ditahan - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 9:42AM

Kesemua suspek warga tempatan berkenaan berumur lingkungan 27 hingga 32 tahun masing-masing ditahan di Senawang, Negeri Sembilan dan Putra Perdana, Puchong - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Dua wanita antara empat ditahan semalam kerana disyaki terlibat dalam kes samun berkumpulan bersenjatakan pisau serta melarikan kenderaan dengan nilai kerugian dianggar RM60,000 di sebuah rumah di Subang Jaya.

Kesemua suspek warga tempatan berkenaan berumur lingkungan 27 hingga 32 tahun masing-masing ditahan di Senawang, Negeri Sembilan dan Putra Perdana, Puchong, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata dalam kejadian kira-kira  7 malam pada 4 Jun lepas, mangsa menyatakan rumahnya dimasuki dua lelaki.

Beliau berkata dalam kejadian itu, suspek memakai pelitup muka turut mengikat mangsa yang tinggal bersama isteri, ibu dan dua anak. 

“Suspek menggunakan pisau menyamun mangsa dan keluarga serta melarikan kereta jenis Honda City yang diparkir di hadapan rumah bersama-sama sejumlah barangan berharga milik mangsa,” katanya dalam kenyataan malam semalam.

Wan Azlan berkata modus operandi suspek ialah memakai pelitup muka dengan mengikat mangsa dan ahli keluarganya menggunakan kabel telefon serta tali pinggang dan kemudian melarikan sejumlah barangan peribadi, barangan berharga serta kenderaan milik mangsa.

Beliau berkata polis merampas beberapa barangan peribadi yang digunakan untuk kegiatan samun iaitu dua bilah pisau, pakaian milik suspek, satu unit pemutar skru serta sepasang sarung tangan. 

Selain itu, barangan milik mangsa yang dijumpai semula ialah barangan peribadi, barangan kemas, telefon bimbit, serangkai kunci rumah dan juga sebuah kereta mangsa.

Turut dirampas adalah sebuah kereta jenis Honda EK yang dilaporkan hilang di kawasan Jinjang, di sini.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dengan kes ini dan kesemua mereka direman selama lima hari bermula hari ini. Selain itu, polis percaya suspek terlibat beberapa kes di kawasan Subang Jaya dan kawasan lain,” katanya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian samun berkumpulan supaya tampil memberikan kerjasama kepada polis menerusi talian 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) atau pegawai penyiasat Insp G. Dinesh 011-33094457. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar