web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Moratorium Masih Berkuat Kuasa, Cubaan Bunuh Diri Tetap Tidak Boleh Didakwa - Ramkarpal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 7:27AM

Ramkarpal Singh berkata moratorium itu akan kekal berkuat kuasa sehingga Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan No. 2) 2023 yang antaranya bertujuan memansuhkan Seksyen 309 yang merangkumi kesalahan cubaan membunuh diri, diwartakan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada pendakwaan boleh dilakukan bagi kesalahan cubaan membunuh diri berikutan moratorium ke atas pelaksanaan Seksyen 309 Kanun Keseksaan masih lagi berkuat kuasa, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh. 

Beliau berkata moratorium itu akan kekal berkuat kuasa sehingga Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan No. 2) 2023 yang antaranya bertujuan memansuhkan Seksyen 309 yang merangkumi kesalahan cubaan membunuh diri, diwartakan.

“Suatu moratorium berkuat kuasa ke atas pelaksanaan seksyen tersebut sementara menunggu usaha pemansuhan kesalahan cubaan bunuh diri ini melalui proses pindaan undang-undang sewajarnya,

“… iaitu mendapat kelulusan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Parlimen serta perkenan Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya berkuat kuasa dan diwartakan dalam Warta Kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Oleh itu, Ramkarpal berkata adalah jelas bahawa tiada pendakwaan boleh dijalankan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan selagi mana moratorium ke atasnya masih berkuat kuasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar berhubung satu kes melibatkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga yang disiasat di bawah seksyen tersebut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sebuah sekolah menengah di Kajang, dekat sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan dilaporkan berkata kes berkenaan diklasifikasi mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri dan pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian.

Namun, Ramkarpal dalam kenyataan yang sama berkata pelajar berkenaan tidak pernah ditahan oleh pihak polis sebaliknya dibawa terus ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, Kerajaan Perpaduan teguh dengan pendirian untuk memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan dan mengubah pendekatan terhadap tindakan cubaan membunuh diri daripada yang bersifat punitif kepada rawatan perubatan yang bersifat pemulihan.

“Pendekatan mengutamakan kepentingan kesihatan awam adalah selari dengan hasrat kepimpinan Kerajaan Perpaduan yang prihatin terhadap kesejahteraan rakyat dan komited melaksanakan agenda reformasi undang-undang selaras dengan visi membangunkan Malaysia MADANI,” katanya.

Pada 22 Mei lepas, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan No. 2) 2023 bagi memansuhkan kesalahan percubaan bunuh diri telah diluluskan di Dewan Rakyat. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad