web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pastikan Baik Pulih Kemudahan Sekolah Disegerakan, Kerajaan Salur Dana Tambahan RM30 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 9:37PM

Anwar disambut meriah ketika hadir pada program Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan RM30 juta, bagi menampung pembiayaan penyelenggaraan dan baik pulih kemudahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia adalah tambahan kepada peruntukan diumumkan dalam Belanjawan MADANI di bawah penyelenggaraan dan baik pulih sekolah.

“Kemudian dengan peruntukan tambahan untuk SJKT, selain baik pulih bagi tahun ini, kita (kerajaan) tambah RM20 juta lagi, Ramanan (Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R Ramanan) tahu, Vicky (Presiden MIC, Tan Sri S Vigneswaran) pun tahu, tapi saja nak kacau saya minta lagi (peruntukan).

“Untuk itu, saya baru semak dua hari lalu dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan (KPM), kalau sekolah Tamil di bawah kerajaan, selain RM20 juta, saya sebut tadi, kita tambah lagi RM10 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Ahli Parlimen Sungai Buloh merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Datuk R Ramanan dan Presiden MIC, Tan Sri Vigneswaran.

Anwar dikalungkan bunga malai oleh R Ramanan (kanan) dan Vigneswaran (kiri) pada program Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India bersama Perdana Menteri di sini, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Anwar dikalungkan bunga malai oleh R Ramanan (kanan) dan Vigneswaran (kiri) pada program Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India bersama Perdana Menteri di sini, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Menurutnya, beliau mengambil berat isu pendidikan kerana ia adalah perkara besar, termasuk membabitkan kemudahan selesa yang perlu diberikan kepada murid.

“Bagi saya ialah pendidikan, isu pendidikan itu besar, sebab itu kita letakkan Menteri Pendidikan lebih muda dan dinamik untuk cuba angkat (martabat) pendidikan,” katanya.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, beliau sendiri mencari sekolah, termasuk SJKT di setiap daerah yang berdepan masalah kemudahan asas.

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Anwar Ibrahim - Gambar oleh Abdul Razak Latif

“Saya mencari hampir di setiap daerah yang memiliki sekolah Tamil perlu dibaik pulih. Saya mula dengan tandas dan bumbung, nak baik pulih semua perlu berbilion ringgit, tetapi yang segera, tahun ini, diberikan keutamaan.

“Sebab itu saya katakan, dah lulus dan tanya Fadhlina, KSU (Ketua Setiausaha kementerian) pun ada, setiap kali mesyuarat Kabinet, saya tanya dah jalan belum? Wang dikirim, laksanakan.

“Kemudian katanya kerana JKR (Jabatan Kerja Raya) dan Kementerian Kerja Raya (belum mula). Saya beritahu Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hal baik pulih tak payah Jabatan Kerja Raya (JKR), serahkan kepada pegawai daerah dan selesaikan dengan guru besar sekolah masing-masing,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri menegaskan, kerja baik pulih dan penyelenggaraan sekolah, termasuk SJKT perlu dilaksanakan segera.

Tegas Perdana Menteri, KSU KPM sudah menjalankan tugas merekod maklumat berhubung perkara itu dengan cepat, memandangkan kerajaan mahu melaksanakannya sekarang, bukan menunggu sehingga hujung tahun.

Malah, katanya, tidak adil bagi murid di negara ini, terbeban dengan kemudahan yang sangat asas.

“Dalam keadaan negara, ya betul kita banyak hutang sekarang, belanjawan defisit tetapi jangan beban anak-anak kita.

“Jadi tanggungjawab kita, sebaik mungkin, sebab itu keutamaan diberikan,” katanya. - Getaran, 10 Jun 2023


 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad