web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Noktah Miskin Tegar: ‘Dasar Kerajaan Tidak Bersandar Perkauman Tetapi Keperluan’ - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 7:05PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mewakili pendapat segelintir pihak yang menafikan hak dan kepentingan kaum lain di negara ini.

Perdana Menteri berkata, biarpun beliau adalah seorang pemimpin Melayu, pentadbirannya tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar.

Malah, katanya, beliau hairan dan mempersoalkan mengapa atas nama Melayu dan Islam, ada pihak boleh menghina orang dan menafikan hak sesiapa.

Anwar disambut meriah ketika hadir pada Program Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India bersama Perdana Menteri di sini, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Anwar disambut meriah ketika hadir pada Program Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India bersama Perdana Menteri di sini, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

“Maknanya apabila saya sebut menoktahkan kemiskinan tegar, di dalam mesyuarat Jemaah Menteri, kepada pegawai-pegawai saya bagi jelas, kalau ada di kampung, di estet, di kota atau desa, kalau ada miskin tegar, saya mahu perkara ini diselesaikan tahun ini juga tidak mengira kaum.

“Jangan sebut ini bukan agenda India, tak ada dalam agenda India, tak ada dalam agenda Melayu, tetapi adalah agenda rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Ahli Parlimen Sungai Buloh merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Datuk R Ramanan dan Presiden MIC, Tan Sri Vigneswaran.

Anwar berkata, beliau tidak menafikan majoriti golongan miskin di Malaysia adalah orang Melayu dan Bumiputera, tetapi dalam kategori paling miskin dari segi suku kaum adalah masyarakat India.

Katanya, beliau berani menyebut perkara itu kerana bertanggungjawab melaksanakan agar kategori miskin tegar terbabit, dinoktahkan tahun ini, tanpa mengira Melayu atau India.

Isu miskin tegar, tegasnya, cabaran besar bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Ekonomi dan agensi untuk mencari cara berkesan dalam menyelesaikannya.

Anwar dikalungkan bunga malai oleh R Ramanan (kanan) dan Vigneswaran (kiri) pada program Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India bersama Perdana Menteri di sini, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Anwar dikalungkan bunga malai oleh R Ramanan (kanan) dan Vigneswaran (kiri) pada program Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India bersama Perdana Menteri di sini, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

“Apabila ditanya apa masalah nombor satu masyarakat India, (adalah) kemiskinan tegar, maknanya makan belum sempurna, susu anak belum tentu dijamin. Menyelesaikan isu miskin tegar itu bagi saya keutamaan patut diselesaikan tahun ini juga.

“Ada orang kata ini terlalu bercita-cita, tidak realistik, tetapi InsyaAllah saya akan buktikan bahawa mereka salah kerana kita tiada hak untuk nafikan sesiapa sahaja di negara ini boleh hidup sebagai seorang manusia,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri menegaskan, hanya dengan tekad politik, masalah miskin tegar dapat diselesaikan biarpun berbeza pandangan.

“Saudara kenal saya dan saya tidak bertolak ansur dalam soal ini. Saya sebut dulu dan sekarang dengan takdir Tuhan, saya diberi amanah pimpin negara ini.

“Saya minta pimpinan masyarakat India dan rakan-rakan semua di sini supaya faham ada anjakan paradigma, penyesuaian dasar yang perlu difahami dan saya memerlukan sokongan anda, tanpa pengecualian sama ada Melayu, Cina, Iban, Kadazan.

“Namun dasar keseluruhan kerajaan tidak akan bersandarkan perkauman, tetapi keperluan,” katanya. - Getaran, 10 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad