web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pesara Swasta Rugi RM1.2 Juta Ditipu 'Phone Scam' 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 5:46PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -Gara-gara terpedaya dengan desakan sindiket penipuan panggilan telefon (phone scam), seorang pesara syarikat swasta mengalami kerugian sehingga RM1.2 juta pada April lalu. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, berdasarkan laporan polis, mangsa berusia 66 tahun itu telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan (KKM). 

Menurut beliau, panggilan tersebut kemudiannya disambung kepada dua individu menggunakan nama Sarjan Wong dan Inspektor Koo dari Kota Kinabalu, sebelum mangsa dimaklumkan terlibat dengan kes pengubahan wang haram pada 18 April lalu. 

"Selepas menafikan dakwaan tersebut, mangsa telah membuka akaun bank baharu di dua institusi kewangan tempatan pada 19 dan 20 April sebelum memberi maklumat ID (peribadi) serta kata laluan perbankan kepada suspek.

"Selepas itu, mangsa diarahkan untuk memindahkan wang berjumlah RM1.2 juta melalui empat transaksi dari akaun AmBank dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya ke dua akaun bank yang baharu dibuka itu," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Mengulas lanjut, Mohd Azman berkata, mangsa hanya menyedari telah ditipu setelah memeriksa baki wang di kedua-dua akaun bank baharu miliknya, dan mendapati kesemua wang berkenaan telah dipindahkan ke satu akaun tidak dikenali secara berperingkat pada 19 April hingga 3 Mei lalu. 

"Selepas merasakan dirinya telah ditipu, mangsa tampil membuat laporan polis agar siasatan lanjut secara terperinci dapat dilakukan," katanya. 

Sehubungan itu, Mohd Azman menasihatkan orang ramai berhati-hati dan membuat semakan terlebih dahulu bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan. 

Jelasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menyarankan agar orang ramai tidak panik atau takut dengan sebarang dakwaan sekiranya tidak melakukan sebarang kesalahan. 

"Jangan memberikan maklumat perbankan kepada individu atau sebarang pihak tidak dikenali, dan jangan sesekali mendaftarkan nombor telefon yang diberikan suspek dalam perbankan atas talian anda.

"Orang ramai boleh menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 atau memuat naik aplikasi Whoscall, bagi membantu anda membuat keputusan sama ada ingin menjawab panggilan itu atau sebaliknya," katanya. Getaran, 10 Jun 2023. 




 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar