web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibu Wanita Hilang Di Thailand Tidak Percaya Video 'Anak Selamat'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 5:28PM

Chong Sum Yee, dipercayai berlepas ke Chiang Mai, Thailand pada 29 Mei dan melakukan perjalanan sejauh 250 kilometer ke daerah utara Mae Sai di wilayah Chiang Rai. - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI, 10 Jun (Bernama) -- Ibu kepada Chong Sum Yee, 22, wanita Malaysia yang dipercayai hilang di Chiang Mai, Thailand, tidak mempercayai video anaknya mendakwa dirinya selamat dan sihat, yang tular beberapa hari kebelakangan ini.

Chee Choy Won, 50, berkata hal ini kerana akaun Facebook yang menggunakan nama 'Moe Aye' yang memuat naik rakaman video anaknya itu, tidak dikenali dan percaya ia adalah akaun baharu dibuat.

Beliau berkata anaknya juga sukar untuk dihubungi dan mengelak setiap kali ditanya mengenai keberadaannya.

Menurut Chee, ia ditambah pula dengan gesaan anaknya yang mahu laporan polis ditarik balik ketika dia berjaya menghubungi anaknya itu pada 8 malam tadi menerusi aplikasi WhatsApp.

“Menerusi panggilan WhatsApp selama beberapa minit malam tadi, Sum Yee mengatakan dia selamat dan meminta agar kami tidak mencarinya serta menarik laporan polis tetapi suaranya agak laju dan kelam kabut.

“Setiap kali saya tanya dia berada di mana, dia tidak menjawab dan berulang kali beritahu dia selamat. Saya tidak pasti apa yang berlaku, tetapi (saya percaya) terdapat kemungkinan dia menjadi mangsa pemerdagangan manusia atau scam (penipuan),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Johor di sini hari ini.

Ibu dua anak itu berkata dia turut berlepas ke Thailand bersama anak lelakinya Chong Jeng Wei, 23, dan Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor Alan Tee Boon Tsong selama empat hari pada 6 Jun lepas bagi mengikuti perkembangan kes kehilangan anaknya.

Bagaimanapun, Chee berkata pihak polis Thailand memaklumkan terdapat kemungkinan anaknya berada di Myanmar, justeru, Polis Thailand dan Myanmar sedang bekerjasama bagi mengesan Sum Yee yang sepatutnya pulang ke Malaysia pada 7 Jun lepas.

Sementara itu, Jeng Wei berkata dia musykil apabila adik perempuannya yang bekerja sebagai jurusolek di Kuala Lumpur memaklumkan pergi ke Thailand seorang diri kerana dia tidak pernah pergi ke luar negara bersendirian.

Jeng Wei berkata mereka semakin risau apabila Sum Yee memberi alasan ke sana atas urusan kerja yang telah dinafikan oleh majikan dan berharap agar dia segera ditemui.

Sebelum ini, laporan berita dipetik terdapat tiga video yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang tidak dikenali bernama 'Moe Aye' di ruangan komen catatan Chee, memaparkan Sum Yee tersenyum serta berulang kali menyatakan “dia selamat dan sihat".

Sum Yee dipercayai berlepas ke Chiang Mai, Thailand pada 29 Mei dan melakukan perjalanan sejauh 250 kilometer ke daerah utara Mae Sai di wilayah Chiang Rai, yang berdekatan dengan bandar Tachilek di Myanmar, iaitu lokasi kes-kes pemerdagangan manusia pernah dilaporkan.

Polis Diraja Malaysia juga dilaporkan sedang bekerjasama dengan Polis Thailand bagi mengesan Sum Yee dan berdasarkan siasatan awal, jurusolek itu telah menyeberang sempadan ke Tachilek, sejak 30 Mei lepas. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad