web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KTMB Tambah 2 Perkhidmatan Tren ELA Ke Pantai Timur Sempena Aidiladha

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 8:03PM

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan tiket tambahan perkhidmatan Tren Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA) ke Pantai Timur sempena Aidiladha yang dibuka untuk jualan malam ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan tiket tambahan perkhidmatan Tren Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA) ke Pantai Timur sempena Aidiladha yang dibuka untuk jualan malam ini.

Menerusi kenyataannya, KTMB berkata, tambahan tiket itu ditawarkan kerana pihaknya mendapat permintaan menggalakkan pada jualan lepas.

“KTMB akan menambah dua lagi perkhidmatan ELA yang dijual pada jam 8.00 malam ini.

“Ia bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan mendapatkan tiket sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, dua perkhidmatan tambahan ELA itu, masing-masing membabitkan perjalanan pada 27 Jun dan 2 Julai ini.

“Pada 27 Jun, ia ditawarkan bagi perjalanan Kuala Lumpur (KL) Sentral – Tumpat untuk masa berlepas 11 malam dan masa tiba 3.53 petang.

“Manakala, pada 2 Julai, ia adalah bagi perjalanan Tumpat – KL Sentral untuk masa berlepas 6 petang dan masa tiba 9.32 pagi,” katanya.

Tren ELA itu akan berhenti di 17 stesen, iaitu Stesen KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Kajang, Seremban, Pulau Sebang, Gemas, Bahau, Mentakab, Jerantut, Kuala Lipis, Gua Musang, Dabong, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Bharu dan Tumpat.

Ujarnya, sebanyak 952 tiket ditawarkan, termasuk koc katil, koc tempat duduk premier, koc tempat duduk superior, koc buffet dan koc chillax.

Tiket tren terbabit, katanya, akan dijual dengan harga bermula daripada RM55.00 sehingga RM83.00 bagi perjalanan sehala.

“Pengguna disarankan membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) yang boleh dimuat turun melalui Play Store, Appstore dan App Gallery atau menerusi laman sesawang KTMB, www.ktmb.com.my.

“Pertanyaan lanjut boleh dikemukakan dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media baharu rasmi KTMB,” katanya. – Getaran, 9 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini