web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Agong, Permaisuri Berkenan Berangkat Kunjungi Kamala Das

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 9:51PM

Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri berkenan berangkat melakukan kunjungan mengejut ke atas Kamala Das yang menyambut ulang tahun ke-100 hari kelahiran beliau pada Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka, Isnin lepas. - Gambar dari Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat melakukan kunjungan mengejut ke atas Kamala Das yang menyambut ulang tahun ke-100 hari kelahiran beliau pada Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka, Isnin lepas.

Turut berkenan berangkat mengiringi Seri Paduka mengunjungi Kamala ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut catatan Facebook Istana Negara hari ini, dalam kunjungan yang bermula pada 11.30 pagi itu, Seri Paduka berdua telah berkenan meluangkan masa selama sejam di rumah Kamala di Taman Utama Ampang, Selangor.

“Selain bertanya khabar dan beramah mesra dengan beliau dan keluarga beliau, Seri Paduka berdua turut berkenan menzahirkan ucapan tahniah dan ucap selamat secara peribadi kepada Puan Kamala Das yang telah menyambut ulang tahun hari kelahiran yang ke-100 beliau yang jatuh pada hari ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Isnin lepas,” katanya. 

Menurut Istana Negara, Seri Paduka berdua turut berkenan mengurniakan sumbangan peribadi dan cendera kenangan kepada Kamala, yang juga ibu bekas wartawan sukan Datuk George Das, sempena ulang tahun kelahiran beliau. 

Dilahirkan pada 5 Jun 1923 di Tapah, Perak, Kamala memiliki 11 anak, 21 cucu serta 21 cicit dan suami beliau GA Das telah meninggal dunia ketika berusia 62 tahun pada 1972, menurut catatan itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi