web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JPN Sahkan 2 Pegawai Ditahan SPRM, Tidak Akan Lindungi Pesalah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 5:17PM

2 pegawai JPN ditahan oleh SPRM semalam, selepas disyaki terbabit dalam kegiatan sindiket pengeluaran sijil lahir dan kad pengenalan kanak-kanak, MyKid. - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan dua pegawainya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, selepas disyaki terbabit dalam kegiatan sindiket pengeluaran sijil lahir dan kad pengenalan kanak-kanak, MyKid.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Zamri Misman berkata, penahanan itu adalah hasil kerjasama strategik menyaksikan JPN berkongsi hasil risikan dalaman dilakukan jabatan berkenaan kepada SPRM, dengan akhirnya membawa kepada penahanan terbabit.

Menurutnya, JPN akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM bagi melengkapkan siasatan.

“JPN sama sekali tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku kakitangan jabatan ini yang terbabit dalam pengeluaran dokumen pengenalan diri secara tidak sah.

“JPN tidak akan melindungi mana-mana kakitangan didapati terbabit dalam kegiatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara.

“Tindakan dan hukuman setimpal akan dikenakan sekiranya pegawai yang ditangkap dibuktikan bersalah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, JPN sentiasa serius dan komited memastikan tiada pelanggaran integriti seumpamanya dilakukan kakitangan jabatan berkenaan.

“JPN serius dan komited berhubung perkara ini dengan melaksanakan penambahbaikan prosedur pengeluaran dokumen pengenalan diri secara berterusan, selain pelbagai program pengukuhan integriti kakitangan,” katanya.

Zamri berkata, siasatan peringkat dalaman secara berkala dan kerjasama berterusan dengan agensi penguatkuasa lain juga adalah usaha tidak berbelah bahagi jabatan berkenaan.

“Usaha ini adalah bagi memastikan tiada sebarang ruang penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Getaran hari ini melaporkan, SPRM menahan 12 individu, dipercayai terbabit dalam aktiviti memalsukan dokumen sijil lahir yang mendaftarkan anak angkat sebagai anak kandung.

Kesemua suspek yang terdiri daripada empat doktor perubatan swasta dan enam orang awam itu, dilakukan kira-kira jam 6 petang, semalam.

Sumber SPRM memaklumkan, kesemua suspek yang berusia 42 hingga 81 tahun itu ditahan dalam satu serbuan berasingan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, pemohon yang terdiri dalam kalangan orang awam, akan membayar wang rasuah sama ada secara peribadi atau menerusi orang tengah kepada doktor di klinik tertentu, bagi mendapatkan surat pengesahan kelahiran palsu walaupun anak yang akan didaftarkan itu tidak dilahirkan di klinik berkenaan.

Difahamkan, doktor tertentu akan menandatangani dan mengesahkan borang kelahiran di klinik berkenaan, walaupun ia tidak berlaku.

Pengesahan itu membolehkan pemohon atau orang tengah menguruskan pendaftaran kelahiran anak berkenaan.

Sumber berkata, difahamkan jumlah bayaran diterima adalah antara RM2,000 hingga RM6,000 bagi setiap kes. 

Terdahulu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan penahanan terbabit dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 serta Seksyen 18 ASPRM 2009.

Ujarnya, kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur hari ini untuk urusan permohonan reman. – Getaran, 8 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad