web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jual Sijil Kelahiran, SPRM Tahan 12 Individu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 1:40PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 12 individu, dipercayai terlibat dalam aktiviti memalsukan dokumen sijil lahir yang mendaftarkan anak angkat sebagai anak kandung.

Penahanan kesemua suspek terdiri daripada empat doktor perubatan swasta dan enam orang awam itu dilakukan kira-kira jam 6 petang, semalam.

Sumber SPRM memaklumkan, kesemua suspek berusia 42 hingga 81 tahun itu ditahan dalam satu serbuan berasingan yang dilakukan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.

Menurut beliau, pemohon (orang awam) akan membayar wang rasuah sama ada secara peribadi atau menerusi orang tengah kepada doktor di klinik tertentu, bagi mendapatkan surat pengesahan kelahiran palsu walaupun anak yang akan didaftarkan itu tidak dilahirkan di klinik tersebut.

"Difahamkan, doktor tertentu akan menandatangan dan mengesahkan borang kelahiran di klinik berkenaan walaupun ia tidak berlaku. Kemudian dengan pengesahan itu, pemohon atau orang tengah akan menguruskan pendaftaran kelahiran anak berkenaan.

"Sekiranya terdapat keraguan, pihak berkaitan akan memaklumkan kepada pemohon bahawa permohonan tidak dapat diproses dan perlu menunggu tindakan lanjut. 

"Kaunter agensi kerajaan kemudian akan merujuk permohonan ini ke Bahagian Siasatan Khas untuk dibuka fail siasatan," katanya kepada Getaran, hari  ini. 

Sumber mendedahkan, pemohon atau orang tengah kemudian akan cuba berurusan dengan pegawai agensi kerajaan bagi mendapatkan status permohonan.

"Sekiranya permohonan mereka ditolak atau disenarai hitam, mereka akan menawarkan sejumlah wang rasuah kepada pegawai terlibat untuk mendapatkan kelulusan bagi permohonan itu.

"Difahamkan jumlah bayaran rasuah yang diterima adalah antara RM2,000 hingga RM6,000 bagi setiap kes," katanya. 

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan penahanan tersebut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 serta Seksyen 18 ASPRM 2009.

"Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 8.30 pagi  ini untuk urusan permohonan reman," katanya. - Getaran, 8 Jun 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi