web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kertas Siasatan ‘Pulau Pinang Milik Kedah’ Sedang Dilengkapkan, Percakapan Sanusi Dirakam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 7:00AM

Semalam, Bukit Aman memaklumkan terdapat laporan polis dibuat berhubung kenyataan Muhammad Sanusi yang mendakwa, Pulau Pinang adalah milik Kedah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihaknya selesai merakam percakapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataan pemimpin itu yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, percakapan itu dirakam Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman di Pejabat Menteri Besar Kedah, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah, semalam.

“PDRM kini dalam tindakan melengkapkan kertas siasatan, sebelum merujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh terdekat,” katanya seperti dilaporkan BH.

Bagaimanapun, Bukit Aman tidak menyatakan secara terperinci butiran rakaman percakapan itu.

Semalam, Bukit Aman memaklumkan terdapat laporan polis dibuat berhubung kenyataan Muhammad Sanusi yang mendakwa, Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Laporan itu menyebabkan satu kertas siasatan dibuka untuk tindakan selanjutnya.

Pada 29 Mei lalu, Muhammad Sanusi dilaporkan mendakwa Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah dan Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak serta Perlis.

Ditanya adakah Kedah mahu mengambil kembali Pulau Pinang, Muhammad Sanusi berkata, pihaknya tidak perlu berbuat demikian kerana Pulau Pinang tidak pernah ‘terlepas’ dari Kedah.

Kenyataan Muhammad Sanusi itu dibidas kerana ia dianggap kata-kata memalukan daripada seorang pemimpin kanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Nor Sabrina Mohd Noor berkata, sebagai pemimpin politik nombor satu negeri dikenali jelapang padi berkenaan, Muhammad Sanusi tidak wajar mengeluarkan kenyataan itu, apatah lagi dalam zaman yang informasi boleh didapati semudah di hujung jari.

“Fakta dengan nilai sejarah tidak pernah padam, malah kerajaan Kedah sudah pasti arif berkaitan Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan negeri dalam memahami setiap kandungannya, termasuk antara negeri di Malaysia.

“Ini bukanlah ruang untuk mencari sensasi bagi menaikkan nama dengan mewujudkan kenyataan kurang bijak sedemikian,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas isu dibangkitkan Muhammad Sanusi itu menegaskan, tindakan segelintir pihak yang kononnya mahu ‘merungkai sejarah’, termasuk mendakwa Pulau Pinang milik Kedah, tidak sepatutnya dilakukan.

Tindakan itu, katanya, tidak wajar, terutama selepas negara mengecap kemerdekaan.

Ujarnya, ia kerana tindakan itu boleh memberi implikasi besar kepada Malaysia dan negara lain yang mungkin juga berdepan tuntutan.

“Apa kata kalau sekarang ini, berdasarkan sikap melampau beberapa tokoh, kerajaan Siam buka balik beberapa perjanjian Kedah, Perlis dan Siam itu? Kita akan hadapi masalah (kerana) selama ini tidak dibuka perjanjian itu.

“Jadi tak perlu kita buka perbincangan yang menikam kita kembali. Jadi itu pandangan saya,” katanya. – Getaran, 8 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 5 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 3 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad