web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Segulai Sejalai Jadi Cogan Kata Perpaduan Untuk Seluruh Negara - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 7:18AM

Anwar (tengah) mencuba alat muzik tradisional Sarawak iaitu ‘sape’ majlis Perayaan Gawai Dayak 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Segulai Sejalai, frasa bahasa Iban di Sarawak yang bermaksud seiring sejalan akan digunakan sebagai cogan kata perpaduan untuk seluruh negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau tertarik dengan frasa berkenaan yang menjadi motto dalam majlis sambutan Gawai Dayak peringkat kebangsaan yang dihadirinya di sini malam tadi.

"Maknanya mana-mana saya pergi, bila berbicara soal kesatuan, perpaduan dan bekerjasama, perkuatkan, maka saya akan sebut Segulai Sejalai," katanya ketika berucap di majlis itu.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isterinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib menjadi kenamaan utama dalam majlis itu yang turut dihadiri Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta beberapa menteri persekutuan dan negeri.

Anwar berkata sudah tiba masanya rakyat khususnya di Semenanjung Malaysia untuk belajar dari Sarawak bagaimana perpaduan di antara pelbagai kaum dapat digunakan untuk membina negara.

Menurutnya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sering menitahkan tentang perlunya semangat perpaduan dipupuk, dan tidak menimbulkan isu-isu yang boleh memecahbelahkan masyarakat.

"Ini kenyataan sekarang. Sarawak dalam beberapa bidang adalah lebih hebat berbanding dengan negeri-negeri lain," katanya.

Pada majlis sama Anwar turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta kepada kerajaan Sarawak untuk inisiatif pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di negeri itu.

Beliau juga berkata peruntukan untuk membaik pulih rumah-rumah ibadat yang dilaksanakan di semenanjung, juga akan diberikan kepada Sarawak.

Terdahulu, Douglas Uggah dalam ucapannya memohon agar Kerajaan Persekutuan menaikkan peruntukan bagi kerja-kerja pengukuran tanah NCR.

Katanya keluasan tanah NCR di Sarawak dianggarkan sekitar 1.5 juta hektar dan daripada keluasan itu hanya 1.1 juta hektar telah diukur.

“Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri menyumbang bagi membiayai kos untuk serja-kerja survei berkenaan. Geran berjumlah RM150 juta telah diberikan dalam tempoh dari 2010 hingga 2017 bagi tujuan itu. Bagaimanapun selepas tahun 2018, kita amat kecewa apabila jumlah yang diperuntukkan telah dikurangkan dengan drastik. Malah tahun ini hanya RM2 juta diberikan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini