web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PDRM, Imigresen Digesa Siasat Pelawak Hina Malaysia, ‘Itu Jenaka Sensitif’…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 9:02PM

Terdahulu media melaporkan, Jocelyn Chia menerusi persembahan komediri bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini, memperlekehkan Malaysia - Tangkapan layar video TikTok Comedy Cellar USA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen (JIM) digesa menjalankan siasatan ke atas pelawak solo wanita Singapura, Jocelyn Chia ekoran tindakan menghina serta mengeluarkan kata-kata kesat terhadap negara ini dalam persembahannya.

Naib Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Koo Shiaw Lee berkata, ia kerana jenaka tidak sensitif seperti itu akan merosakkan hubungan baik di antara Malaysia dan Singapura.

“Tidak bermakna Singapura mempunyai hubungan diplomatik yang baik bersama Malaysia, pelawak itu dapat terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Saya menyeru pihak PDRM dan JIM, menjalankan siasatan terhadap Jocelyn Chia ekoran tindakannya, kalau boleh sekat pasport beliau daripada memasuki Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan dan tindakan perlu dikenakan ke atas pelawak itu kerana perbuatannya menghina Malaysia menerusi jenaka dipersembahkan, mengundang kemarahan seluruh rakyat negara ini.

“Bagi saya, pelawak wanita Singapura yang bernama Jocelyn Chia itu tidak sepatutnya membuat jenaka mengenai tragedi kehilangan MH370.

“Itu sensitif kerana mangsa yang terbabit sudah mati dan ia boleh dikatakan seperti memperlekehkan ketenteraan Malaysia dalam misi MH370,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Jocelyn Chia menerusi persembahan komediri bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini, memperlekehkan Malaysia.

Menerusi klip video dikongsikannya di Tik Tok dan tular di media sosial itu, dia menghina seorang penonton yang mengaku sebagai rakyat Malaysia dengan perkataan kesat.

Tangkapan layar video TikTok Comedy Cellar USA
Tangkapan layar video TikTok Comedy Cellar USA

Dia turut membandingkan Malaysia yang hanya bertaraf negara membangun, berbanding negara lebih maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.

Sepanjang rakaman video berdurasi 1 minit 29 saat itu, persembahannya juga mengandungi kata-kata dan memek muka memperlekehkan Malaysia.

Meskipun persembahan komedinya menerima tepukan penonton, rata-rata netizen menerusi ruangan komen platform terbabit, mengecamnya kerana dianggap keterlaluan.

Shiaw Lee berkata, jenaka wanita itu yang menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 dengan mengatakannya ‘tidak mendarat’ juga keterlaluan.

“Video dimuat naik menerusi akaun TikTok @jocelynchiacomedy, menyaksikan pelawak itu menjadikan pembangunan Malaysia dan rakyat negara ini sebagai bahan jenaka,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya itu adalah ‘level’ (tahap) pelawak Singapura, ia memang menyedihkan kerana tidak setanding Malaysia.

“Menerusi video Jocelyn Chia, kononnya dalam 40 tahun Singapura menjadi ‘First World Country’. Namun saya hairan mengapa warga Singapura membuang air kecil di merata tempat?  Adakah ini sikap rakyat daripada First World Country?”

“Kenapa setiap hujung minggu masuk Johor Bahru seakan-akan nampak seperti ‘penyamun’ minyak petrol RON95. Adakah itu perangai negara ‘First Word Country’?” tegas Shiaw Lee.

Tindakan Jocelyn Chia itu menyaksikan pelawak popular tempatan, Datuk Afdlin Shauki beranggapan jenaka menyentuh kehilangan pesawat Malaysia, MH370 pada 2014 seperti dilontarkan individu terbabit amat melampaui batas.

Melalui komennya seperti dilaporkan BH, pengisian bahan lawak dipersembahkan Jocelyn Chia itu, tidak sepatutnya terjadi dan perlu dielakkan semua pelawak.

“Kalau pelawak itu berasal dari Malaysia, saya akan menegaskan kepadanya bahawa lawaknya melampaui batas, tetapi disebabkan pelawak berasal dari Singapura, saya tahu mereka jenis melawak ikut suka hati seperti sesetengah pelawak di luar negara.

“Bagi saya, kalau kita mahu melawak, ada hadnya, janganlah sampai mempersendakan peristiwa MH370. Kalau sampai peristiwa itu pun nak buat lawak, anda tidak sensitif kepada mangsa meninggal dunia dan keluarga berdepan kehilangan,” katanya. – Getaran, 7 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Singapura 2 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad